Hidangan Tradisional DI 𝐊𝐀𝐅𝐄 𝐏𝐀𝐋𝐌𝐈𝐄𝐑𝐑𝐀 𝟐𝟖 @ 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐓𝐑𝐄𝐄𝐓 ⁣⁣⁣

0 Comments

Hidangan Tradisional Di 𝐊𝐀𝐅𝐄 𝐏𝐀𝐋𝐌𝐈𝐄𝐑𝐑𝐀 𝟐𝟖 @ 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐓𝐑𝐄𝐄𝐓 ⁣⁣⁣
Hidangan masakan terbaik bagi mereka yang pentingkan rasa dan lokasi yang Indah.


Jom kali ini kami akan kongsikan satu lagi lokasi menarik untuk anda terjah menikmati makanan hidangan tradisional ke 𝐊𝐀𝐅𝐄 𝐏𝐀𝐋𝐌𝐈𝐄𝐑𝐑𝐀 𝟐𝟖 @ 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐓𝐑𝐄𝐄𝐓 ⁣⁣⁣yang menawarkan masakan melayu asli yang sedap dan menyelerakan. Tambahan pula dekorasi dalaman dan mural yang cantik memang sesuai untuk bergambar sebab memang 'insta-worthy'!
⁣⁣⁣



Lokasi yang betul-betul berada di tengah-tengah ibukota menjanjikan makanan yang sedap dan unik sekitar negeri-negeri di dalam Malaysia. Lukisan dininding mural dengan warna yang menarik pasti membuatkan anda bertambah ceria. 


Sambil-sambil itu kita boleh layan untuk bergambar bersama murul-mural dan hiasan terbaik mereka. Dihiasi dengan flora dan fauna yang cantik dan tampak 3D. 𝐏𝐀𝐋𝐌𝐈𝐄𝐑𝐑𝐀 𝟐𝟖 baru sahaja sebulan beroperasi untuk memberikan anda hidangan yang terbaik nampak mewah.


Menu utama yang anda boleh pilih bersama dengan nasi putih Basmathi adalah Lemak Cili Api Daging Salai⁣⁣⁣, Udang Masak Sambal Petai⁣⁣⁣, Pais Ikan Patin⁣⁣⁣,Terung Goreng Belacan⁣⁣⁣ dan Opor Daging⁣⁣⁣. Pasti anda akan tertawan dengan rasa dan hiasan di setiap hidangan.
⁣⁣⁣


Jika ke sini kami sarankan anda mencuba Opor Daging dan Lemak Cili Api Daging Salai yang pastinya sedikit pedas.









Antara menu lain ala carte yang padu untuk anda pilih juga seperti ⁣Laksa Pahang⁣⁣⁣, Nasi Lemak with Rendang⁣⁣⁣ dan Maggie Seafood Palmierra⁣⁣⁣ yang sangat sedap. Jangan lupa untuk pilihan pencuci mulut iaitu Puding Raja dan Sagu gula Melaka yang menjadi saranan kami untuk anda merasainya sendiri.



Kasturi Palmierra dihidangkan dengan limau kasturi dan asam boi manakala Pelangi Ungu menggabungkan laici, soda dan rasa ribena yang memang menyegarkan. Jangan lupa cuba!



Jom jangan lupa singgah jika berada di Kuala Lumpur dan kami kongsikan lokasi ini untuk senang anda mencari lokasi yang lebih tepat lagi.Jangan lupa singgah bersama kawan dan keluarga ke 𝐏𝐀𝐋𝐌𝐈𝐄𝐑𝐑𝐀 𝟐𝟖⁣⁣⁣

𝐏𝐀𝐋𝐌𝐈𝐄𝐑𝐑𝐀 𝟐𝟖⁣⁣⁣
154, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Malaysia.⁣⁣⁣
⁣⁣⁣
HARI & WAKTU OPERASI:
Ahad - Rabu: 11.00 A.M - 10.00 P.M
Khamis - Sabtu: 11.00 A.M - 11.00 P.M

Instagram: @palmierra28
UNTUK TEMPAHAN, HUBUNGI: 0182450807





You may also like

No comments: