Showing posts with label Nature. Show all posts
Showing posts with label Nature. Show all posts
Satu lagi keunikan yang ada di Besut, Terengganu ini anda dapat menikmati kolam air panas di Taman Rekreasi Kolam Air Panas La Hot Spring yang asli dan segar.





Jika anda berada berhampiran harus singgah bagi menikmati suasana yang menarik dan kolam air panas yang asli.



Ramai juga pengunjung yang turut sama beriadah dan membawa keluarga dan kanak-kanak mandi manda di sini. Terdapat juga anak sungai yang agak cetek sesuai untuk kanak-kanak.



Terdapat juga kolam individu yang boleh anda mandi selain kolam asli yang agak panas. Jangan risau tandas dan tempat tukar baju turut tersedia di sini.



Memandangkan kolam air panas ini mengalir dan mengandungi kimia "SULFUR" atau belerang dengan kehangatannya mencapai 49 darjah celsius. Ianya berkhasiat untuk mengubati penyakit kulit dan juga boleh dimandi.






Pengunjung yang datang tidak pernah berkurang kerana setiap masa dikunjungi. Kepercayaan masyarakat yang dapat menyembuhkan penyakit selain mendapatkan kesegaran tubuh badan.

Masuk adalah percuma .
Terdapat juga kemudahan penginapan chalet dan berkhemah di sini dengan sedikit bayaran.
Khemah : RM10 – RM20/malam
Chalet: RM70 – RM90/malam (Tel : 09-606 0525 / 013-927 6998)

#Terrapuri #Terrapuriheritagevillage #vm2020 #visittrulyasiamalaysia #visitmalaysia2020 #beautifulterengganu #setiuwetlandsfestival2019 #tourismmalaysia #tourismmalaysiawilayahtimur #motacterengganu #Dboystudio #Travel #Malaysiatravelblog #Travelblogger

Pengembaraan kami ke Negeri Terengganu bersama Travelogue Malaysia adalah bagi menjelajah destinasi percutian menarik yang membawa kami ke Kelip-Kelip PalmStay Seri Bandi, Terengganu. Peluang yang ada ini kami kongsikan bersama anda dengan meneroka tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati. 

Jika anda tiba ke Negeri Terengganu yang kaya dengan budaya dan makanannya pasti anda teringin menikmati pulau-pulau cantik di Terengganu.

Kelip-Kelip PalmStay Seri Bandi

Menjadi pilihan kami kali ini adalag Kelip-Kelip Palmstay Seri Bandi yang terletaknya dia dalam kebun kelapa sawit. Pengalaman baru kepada kami menikmati keindahan sambil menikmati makan tengahari di sini.





Perjalanan menuju ke KELIP-KELIP PALMSTAY SERI BANDI. Siapa sangka terdapat sebuah tempat rehat di dalam kawasan kelapa sawit yang menarik untuk peminat alam semulajadi.
Kelip-Kelip PalmStay Seri Bandi

Destinasi rehat terbaik di Kemaman yang hanya 5 minit dari exit LPT2, Kijal. Nak rasa masakan kampung dan percutian dalam palmstay yang terbaik memang harus ke sini. Pengalaman menaiki lori menuju ke dalam Palmstay sesuatu yang unik.








Setibanya kami di sini di sambut dengan mesra dan meriah dengan  layanan mesra. Kawasan yang di kelilingi kolam dan pokok sawit ini menjadi lokasi palmstay yang menarik dengan hiasan dan tempat rehat yang santai.























Kepada peminat hutan dan alam semulajadi pasti suka jika dapat ke sini menikmati ketenangan yang ada, Jika berminat boleh hubungi terus fb page dan website mereka.

Kelip-Kelip PalmStay Seri Bandi
Bandar Seri Bandi
24000 Kemaman, Terengganu, Malaysia
019-917 4012
Pengembaraan kami ke Negeri Terengganu bersama Travelogue Malaysia adalah bagi menjelajah destinasi percutian menarik yang membawa kami ke Setiu Wetland. Peluang yang ada ini kami kongsikan bersama anda dengan meneroka tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati.

Jika anda tiba ke Negeri Terengganu yang kaya dengan budaya dan makanannya pasti anda teringin menikmati pulau-pulau cantik di Terengganu. Kelainan kali ini kami menuju ke Boardwalk Setiu, Terengganu.





Boardwalk Setiu, Terengganu adalah Laguna Setiu (Setiu Wetlands) atau Tanah Bencah Setiu, sebahagian daripada ekosistem Lembangan Sungai Setiu dan juga sistem yang lebih besar gabungan lembangan tanah lembap kompleks Setiu-Chalok-Bari-Merang terletak di Terengganu di pantai timur Semenanjung Malaysia.




Tanah lembap Setiu bukan saja unik, malah ia adalah satu kawasan yang cantik dan kaya dengan kelainan flora dan fauna digabungkan dengan laut, air yang bersih, haiwan di hutan dan juga bukit di sepanjang pantai.


Laluan pejalan kaki yang di kelilingi hutan paya bajau yang cantik dan menarik.









Kami sempat melihat pengalaman mencari lokan di sekitar kawasan ini. Pastinya lokan yang berkuali dengan kawasan persekitarannya yang bersih.









Peta laluan menuju ke Sungai Setiu



Sambil-sambil itu kita layan video perasmian dan pelancaran BOARDWALK SETIU Pada 12 Februari 2018 oleh Sultan Terengganu, Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin















Suasana nyaman di kelilingi pokok bakau yang mempunyai banyak kebaikan untuk alam persekitaran selain menjadi tapisan bagi tanah dan sampah-sarap.

Banyak info yang berguna dapat di pelajari di sini.


Untuk tour package di Setiu Wetland Park, boleh hubungi +6013706923












Sempat juga kami belajar membuat bekas kraftangan menggunakan lidi daun nipah ini dan sememangnya sukar dan perlukan kemahiran yang tinggi.

Anda boleh membelinya di kedai berhampiran Setiu Wetland ini. Anda boleh hubungi Cik sarina 013-2914291






















Terdapat juga aktiviti menangkap tiram dan kelihatan agak sukar untuk mencarinya.









Memang menarik sekali dapat belajar dan melihat sendiri penghasilan kraf yang di berikan tunjuk ajar.

Anda bila lagi?... harus datang ke sini untuk membeli hasil kraftangan dan lokan yang di jual di sini semuanya segar-segar.







Antara lokan yang di jual segar-segar.




Belacan




Penyapu Lidi.







Jika berkunjung ke sini pastikan anda meneroka keindahan paya bakau dan melihat sendiri kehidupan yang ada di kawasan ini.


SETIU WETLANDS
https://www.facebook.com/Sahabatsetiu/

#SetiuWetlands #SahabatSetiu  #Setiu #BeautifulTerengganuMalaysia #Terengganu #TravelogueMalaysia