Showing posts with label Percutian. Show all posts
Showing posts with label Percutian. Show all posts
Seleksi Makanan Menarik Di SEPANG, SELANGOR Yang Perlu Anda Cuba.
‘”Pusing Selangor Dulu” dan Nikmati Sajian Enak sepanjang Sesi Pengembaraan Makanan Anda di Sepang!


Sudah tentu negeri Selangor mempunyai pelbagai tapak yang menarik untuk dilihat. Anda boleh menyaksikan sendiri keunikan Negeri, termasuk aspek gourmetnya yang dipengaruhi oleh pelbagai negara dan tradisi. Hasilnya, Selangor telah menjadi destinasi pelancongan yang terkenal dengan bakat kulinarinya, memberikan tetamu pengalaman gastronomi yang tidak dapat dilupakan!

1. Sarapan Pagi di Restoran Taman Klasik Rumbia

Restoran Taman Klasik Rumbia menyajikan menu sarapan pagi yang luas bermula jam 7:00 pagi. Pelanggan boleh memilih makanan yang dihidangkan. Nasi goreng, nasi lemak, lauk-pauk, dan bihun sup antara pilihan menu pagi. Selain itu, roti canai disediakan, manakala lempeng hanya ada pada hari Jumaat.
Alamat : 286, Jalan Haji Jumani, 43900 Sepang, Selangor.


2. Makan Tengah Hari di PappaGrill Sepang

PappaGrill ialah restoran stik paling popular di Kota Warisan Sepang, menawarkan pelbagai jenis masakan barat dan tempatan (Steak, Nachos, Nasi Lemak, Fish & Chips & banyak lagi). Ia dikenali sebagai hidangan barat, seperti yang tersirat oleh nama restoran. Terdapat pilihan spaghetti, pilihan stik, nasi goreng, dan pelbagai jenis lauk seperti kentang goreng, kentang wedges, sup cendawan, coleslaw, roti bawang putih, dan sebagainya.
Alamat : No.76, Jalan Warisan Sentral 2 KIP Sentral, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor.

3. Minum Petang di Karyabhara - The Hipster Cafe

Karyabhara - The Hipster Cafe ialah kedai yang berpusat di Putrajaya. Sarapan, Makan Tengahari, Minum Petang, Makan Malam dan Makan Lewat Malam semuanya tersedia di Hipster Cafe ini. Makanan tempatan, masakan barat, spageti, kopi, minuman campuran ais, pencuci mulut dan banyak lagi semuanya terdapat dalam menu. Majlis hari jadi, acara perniagaan dan persembahan langsung adalah antara perkhidmatan yang mereka tawarkan. Kafe Hipster di Karyabhara sesuai untuk bekerja dan belajar.
Alamat : LG-05, Menara Shaftsbury Putrajaya, Jalan Alamanda, Presint 1, Putrajaya, Sepang, Selangor.


4. Makan Malam di Utan Cafe

Kafe Utan mempunyai nilai tambah tersendiri kerana ia terletak di antara tiga padang golf yang dikelilingi pepohon hijau dan udara yang sejuk. Bukan sahaja lokasinya agak mendamaikan untuk makan malam, malah lebih 50 menu masakan kampung disediakan, membuatkan sesiapa sahaja terliur dan rambang mata. Pilih apa sahaja daripada asam lemak cili api dan asam pedas yang terkenal, Utan Cafe and Range turut menawarkan menu lain seperti ayam, daging salai dan itik, daging cincang, udang galah gergasi dan udang galah. Itu belum termasuk menu hebat lain seperti sup kotak gear kambing, kari kepala ikan, daging pinang masak kicap, tomyam, patin masak tempoyak, ikan siakap masak wap dan sotong bakar chiangrai.
Alamat : Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor.


5. Makan Lewat Malam di HM Sri Bagan Sepang Satu

Makan lewat malam sambil menikmati bayu laut yang sangat menenangkan adalah cara yang ideal untuk mengakhiri hari anda! Bunyi ombak dan angin sejuk serta-merta akan menaikkan semangat anda. Anda boleh memilih item daripada menu a la carte atau daripada kumpulan menu yang banyak! Ikan Talapia Bakar, Ikan Siakap Kukus, dan Sambal Udang Petai yang sangat dipuji adalah menu wajib cuba!
Alamat : Bagan Lalang, 43950 Tanjong Sepat, Selangor.

Selain daripada tempat yang dinyatakan di atas, Selangor menawarkan banyak lagi restoran dan kafe menarik yang patut anda lawati, terutamanya pada tahun 2022. Disebabkan negeri Selangor merupakan destinasi pelancongan terkemuka di Malaysia, pemilihan makanan di negeri ini bukan sekadar memenuhi selera anda, tetapi juga untuk memenuhi "Pusing Selangor Dulu!" perjalanan, yang pasti menarik; kenapa tidak bermula di Sepang?

Namun, bagi mengekalkan kesejahteraan ramai, pelancong diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara dalam mematuhi Pelan Pemulihan Negara, seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka pada setiap masa di khalayak ramai, dan kerap menggunakan cecair pembasmi kuman.

Anda juga boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor, atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini. #PusingSelangorDulu. 

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda destinasi aktivi lasak yang menarik di Negeri Sembilan. Sambil itu mudah untuk kita rancang sekali percutian dan jelajah tempat-tempat menarik yang ada di Negeri Sembilan.



Selain Port Dickson yang terkenal dengan aktiviti mandi-manda dan aktiviti sukan air, jom lihat pengalaman kami bermain aktiviti lasak yang pasti anda teruja untuk berkongsi bersama kawan-kawan dan keluarga. 


1. X-Park Sendayan
Mencari tempat aktiviti lasak sambil boleh santai-santai dari panas boleh cuba aktiviti di @X-Park Sendayan. 


Pelbagai aktiviti sukan dan riadah boleh anda cuba seperti Go-Kart , ATV ride, Archery, Point Paintball dan lain-lain lagi. Selain kemudahan tempat solat, event space, tempat makan dan carboot sale yang menarik.






Boleh dikatakan semuanya lengkap kerana berada di kawasan strategik Bandar Sri Sendayan dengan kawasan seluas 34 ekar dan terdapat 18 aktiviti reakrasi lain termasuklah club house dan driving range golf.

XPark Sendayan
Pusat Dagangan Sendayan 1, Bandar Sri Sendayan, 71950 Siliau, Negeri Sembilan
Tel : 017-447 3913


2. Atv Kg Jkin Extreme Park / Kg Jkin Resort
Nak rasa pengalaman mencabar boleh ke Atv Kg Jkin Extreme Park / Kg Jkin Resort bermain Atv di dalam hutan. Sekarang mereka mempromosikan sukan lasak dengan harga yang menarik termasuk flyingfox. 













Nak menginap di sini pun boleh sebab mereka menyediakan rumah-rumah pokok dan chalet untuk bermalam. Kalau ramai-ramai memang menarik, nak buat team building dan event pun boleh kat sini.

Kampung Jkin Resort
 361, 70400, Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 011-2089 3883 / 017-883 3674



3. Uncle Wong Happy Farm
Aktiviti lasak bermain ATV juga menarik di 欢乐农场 Uncle Wong Happy Farm yang terletak di Lukut, Negeri Sembilan. Memang padu aktiviti ATV lasak kali ini hinggakan masuk lopak-lopak air dah ladang kelapa sawit.






Selain itu boleh ambil package siap dengan aktiviti air seperti padel bot, banana boat dan kayak.

Spot bergambar pun banyak untuk anda bergambar sakan.

Sri Parit, Lukut Port Dickson
Lot 11886, Bukit Permata, 71010 Lukut, Negeri Sembilan
Tel : 011-6339 2188


Jika ada yang meminati hiking @ atau memanjat bukit dan gunung kami sarankan anda salah satu port menarik untuk melihat pemandangan cantik dan indah adalah di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Port Dickson. Antara tarikan pupolar adalah Rumah Api Tanjung Tuan, Bukit Batu Putih dan Trek Pulau Intan ( Denai Tangga taubat).


Memang padu juga trek untuk ke pantai dari Rumah Api Tanjung Tuan yang mengambil masa 10 hingga 20 minit, masa naik pula mungkin lebih. Jika ingin lebih mudah anda disarankan untuk melalui trek Batu Putih dahulu sebelum tiba di Rumah Api Tanjung Tuan.





Jika berpeluang anda akan dapat melihat burung-burung helang sekitar Rumah Api Tanjung Tuan yang bersejarah. Pastikan anda membuang sampah-sampah makanan dan minuman yang anda bawa jika berkunjung ke sini.

Jangan lupa bergambar, menikmati makanan lazat dan menjelajahi tempat-tempat lain yang menarik di Negeri Sembilan. Jom jumpa anda di Negeri Sembilan...

Pengembaraan kami ke Pulau Langkawi bagi menjelajah destinasi percutian menarik. Peluang yang ada ini kami kongsikan bersama anda dengan meneroka tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati.


Pulau Langkawi telah dibuka untuk pengunjung dari dalam negeri setelah pendemik covid19 telah reda dan selamat di lawati. Tapi tak kurang hebatnya makanan tempatan mereka yang mempunyai pelbagai makanan menarik yang sedap dan lazat. Ini hanya makanan yang kami cuba, pastinya banyak lagi makanan yang menarik untuk anda kunjungi.

1. Nasi Dagang Pak Malau.
Spot menarik untuk menikmati makanan sedap sambil layan pemandangan indah gunung dan sawah padi di Nasi Dagang Pak Malau . Boleh cuba nasi dagang dan nasi minyak bersama gulai ayam, daging, ikan, kambing dan masak kurma kambing yang mantap.





Terdapat 2 galeri Rumah lama masih dalam pembinaan yang akan menempatkan koleksi-koleksi barangan lama dan antik untuk tatapan pengunjung yang dapat ke Nasi Dagang Pak Malau.

@Nasi Dagang Pak Malau
No. 186, Jalan Makam Mahsuri, Mukim Ulu Melaka, Langkawi, Kedah 07000 Langkawi
Tel : 012-271 1977


2. Nelayan KB Cafe.
Spot salah satu lokasi untuk anda mencuba kerabu bronok dan gulai ikan selepas menikmati pemandangan cantik. Setelah penat menjelajahi Biogeotrail Kubang Badak pastikan anda mencuba menikmati makanan tengahari di sini. Restoran ini terletak di jeti atau Pengkalan Kubang Badak, Langkawi. 







Kena cuba gulai ikan yang pekat memang padu dan kerabu bronok yang hanya terdapat di Langkawi. Nampak seperti hidangan kampung tetapi rasa asli  dan ulam-ulam yang pastinya anda menjilat jari.

Nelayan KB Cafe.
Pengkalan Kubang Badak, Langkawi
Kubang Badak Mangrove Reserve, Kampung Kelubi, 07000 Langkawi
Tel : 017-509 7589

3. Restoran Selera Lubuk Buaya.
Kami sempat menikmati hidangan makan malam di Restoran Selera Lubuk Buaya. Langkawi memang terkenal dengan makanan laut yang sedap dan segar. Alhamdulillah restoran dan kedai makan nampak makin ramai mendapat kunjungan pelancong.





Pastikan anda menempah tempat duduk anda lebih awal kerana kedai ini agak popular di Langkawi.

Makanan dan minuman juga disediakan dengan cepat walaupun anda datang dalam kumpulan yang agak besar. Lokasinya tidak jauh dari Pantai Cenang dan di penghujung jalan Pantai Tengah.

@Restoran Selera Lubuk Buaya.
lot 9659 kg pdg puteh, 07000 Langkawi
Tel : 017-546 7914


4. MyDz corner
Sarapan pagi di Langkawi memang sedap-sedap dan menarik. Ada jer makanan baru yang tak pernah lihat. Jangan lupa mencuba Peknga jika datang ke Langkawi. Kena datang awal sikit takut habis sebab sedap.





Apa yang menarik pelbagai makanan bungkus dan kuih-muih yang berwarna warni ada di jual. Kami sarankan anda mencuba Peknga jika datang ke Langkawi.

@Kedai Sarapan Pagi MyDZ corner
Jalan Kelibang, Kelibang, 07000 Langkawi
Tel : 017-546 7914


5. Warung Upih Ikan Bakar Seafood Beach Restaurant
Spot menarik makan malam sambil menunggu matahari terbenam di Pantai Tengah. Jika anda ingin bersantai di tepi pantai bolehlah berkunjung ke sini atau sambil melihat anak mandi-manda.





Terletak di kawasan yang agak tersorok dan sedikit jauh tetapi pemandang matahari terbenam memang cantik. Boleh menempatkan ramai pengunjung dalam satu-satu masa.

@Warung Upih Ikan Bakar Seafood Beach Restaurant
Charlie Motel, Jalan Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Tel : 010-811 1478


6. Restoran Kampung Huma
Salah satu lagi menarik untuk sarapan pagi di Ayer Hangat, Langkawi bersebelahan sahaja dengan Rouhi Retreats yang menawarkan aneka makanan menarik termasuk Nasi Lemak, Nasi minyak dan kuih muih. Waktu pagi sahaja memang ramai termasuk pekerja-pekerja dan budak sekolah membeli.



Memang sesuai untuk keluarga besar membeli sarapan pagi di sini dan kesemuanya sedap-sedap. Nasi lemak sebungkus hanya seringgit dan kuih-muih 3 seringgit sahaja.
Terdapat juga makanan dan kuih yang biasanya tiasa di tempat lain. Kami suka pau dia yang sedap! jangan lupa singgah tau!

@Warung @ Restoran Kampung Huma
8, Jalan Ulu Melaka, Bohor Merah, 07000 Langkawi


7.  Your Cruise Sensation 
Pengalaman menaiki naik Yacht di Langkawi dan pelayaran selama 4 jam sambil menikmati keindahan Pulau Langkawi memang ohsem. Selain aktiviti mandi-manda dan makan di atas kapal anda boleh juga berkayak. 


Salah satu lokasi makanan menarik juga tapi agak eksklusif tapi memang sedap sambil layan bayu laut. Masakan dari chef-chef yang hebat dan sedap menanti anda jika mengambil pakej bersama Your Cruise Sensation





@Your Cruise Sensation
Royal Langkawi Yatch Club
No 27 Jalan Pandak Mayah 5 Bandar Kuah, Langkawi, 07000, Langkawi, Kedah
012-631 3147 www.yourcruiseservices.com



Laksa Ikan seekor
Bagi yang menaiki kapal terbang jangan lupa singgah ke kedai laksa seekor sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan melihat sendiri keindahan pantai sambil menikmati hidangan popular ini. Selain itu boleh juga menikmati cendol dan air kelapa yang segar.



Jika ke Langkawi jangan lupa cuba menikmati makanan-makanan menarik mereka dan bercuti dengan selamat. Kalau ada tempat-tempat menarik lagi boleh bagi tahu kami untuk kunjungan seterusnya.

Terima kasih kepada FAM Trip ke Langkawi kali ini adalah anjuran QTT Group PLT dengan kerjasama LADA, Rouhi Retreats, Inter Media Production Sdn Bhd dan LVTS Golden Travel. 

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej dan harga boleh anda boleh hubungi QTTravel :
http://www.wasap.my/60182404505/NakpakejtourLangkawi    (Adam Daniel)