3 Masjid Bersejarah Di Selatan Thailand yang harus anda lawati

3 Comments
Thailand sememangnya kaya dengan pelbagai tarikan menarik dan bolehdikatakan, saban tahun bilangan penduduk Malaysia yang melancong ke negara jiran ini
semakin bertambah. Perjalan Malaysia ke Phuket, Thailand bertambah dekat dengan adanya penerbangan terus, keretapi dan bas dari Malaysia. 

Kali ini kami menjelajah ke Selatan Thailand bersama rombongan media anjuran Kelab Keamanan Selatan Thailand (SPMC) dan Persatuan Media Selatan Thailand (STMA) ke lima wilayah di Selatan Thailand dengan kerjasama Smile Vision Holidays, Khalifakota Travel danTourism Authority of Thailand (TAT) bagi mempromosikan Betong, Narathiwat, Yala, Pattani dan Songkhla. 

Thailand terkenal sebagai destinasi tumpuan pelancong dengan terkenalnya pusat barangan murah, aneka makanan moden dan tradisonal serta masyarakat tempatannya yang lemah - lembut dan peramah. 

Bagi yang beragama islam tak lengkap pula jika tidak singgah ke 3 Masjid bersejarah yang terletak di wilayah Islam di Selatan Thailand daerah Narathiwat Pattani dan Yala. 
Hati kami tertambat dengan keindahan dan kecantikkan masjid - masjid tersebut yang mempunyai susur galur sejarahnya yang unik.

Tapi bagaimana pula dengan masjid di Selatan Thailand ini?
Malaysia pastinya sudah biasa melihat binaan masjid di negara kita yang menampakkan ciri-ciri kombinasi binaan Melayu dan Timur tetapi di Selatan Thailand ia dipengaruhi dan bercirikan senibina arab dan Taj Mahal. Masjid Wadi al-husein, Masjid Kerisik dan masjid yang dikatakan tercantik di Thailand iaitu Masjid Jamek Patani.

Kami bawakan 3 masjid dengan binaan unik dan bersejarah ini untuk tatapan anda.

1. Masjid Wadi Al-Husein

Masjid Kayu Telok Manok di daerah Narathiwat, Thailand. Masih kukuh berdiri hingga kini walaupun sudah berusia ratusan tahun.





Di wilayah Narathiwat, salah satu dari lima daerah di wilayah selatan Thailand berdiri sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Taloh Manoh, Masjid Wadi Hussein, Masjid Talok Manok, Masjid Talo Mano Mosque, Masajid Talomanoh, Masajid Vadialhussein, Vadilhusein Mosque, Masjid Wadi Al-Hussein, atau Al-Hussein Mosque.



Masjid Wadi Hussein dibangun pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Telok Manok merupakan nama kampung tempat masjid ini berdiri, sebuah kampung kecil berjarak sekitar 25 kilometer dari ibukota wilayah Narathiwat.




Masjid ini tidak menggunakan paku besi dan keseluruhan struktur kayu bangunannya disatukan dengan sistem "interlocking" satu sama lainnya. Berbagai ukiran menghiasi masjidi ini dengan motif tumbuh tumbuhan seperti ukiran daun dan ukiran bunga serta ukiran dengan sentuhan budaya Cina.


 keseluruhan struktur kayu bangunannya disatukan dengan sistem "interlocking" satu sama lainnya.




Menurut imam masjid iaitu Ramli Ahmad, Walaupun sudah berusia ratusan tahun masjid tersebut masih digunakan penduduk setempat untuk menunaikan solat dan pelbagai aktiviti lain bagi mengeratkan siraturahim.



Masjid ini sudah dua kali dibaik pulih bagi memastikan terus kukuh dan berdasarkan sejarah Masjid ini dibangunkan pada awal abad ke-17 pada zaman kerajaan Patani.



2. MASJID KRUE SE @ KERISIK

Masjid Krue Se atau masjid kerisik yg terletak di Pattani merupakan antara masjid yg paling awal di asia tenggara. Ia dibina di zaman Sultan Muzaffar Shah pada tahun 1514 dan tidak pernah siap. Antara bahan binaan masjid ini adalah menggunakan batu bata, cengkerang, beras pulut dan telur.

Pada tahun 2004, berlakunya pergolakan dan pertempuran. Masjid ini telah menjadi saksi pertumpahan darah dan kematian seramai 32 orang. Boleh juga dilihat kesan2 tembakan pada dinding masjid sebagai bukti peristiwa berdarah itu.







Kesan tembakan pada dinding masjid masih dapat di lihat hingga ke hari ini.

















Sebelum pulang kami sempat merasai air perigi yang sejuk yang di katakan perigi hang Tuah suatu masa dahulu.


3. Masjid Pattani Thailand

Masjid terbesar di bandar Pattani yang menjadi Pusat aktiviti masyarakat Islam Pattani. Masjid ini dikatakan terindah di Thailand. 

Ia di bina dalam tahun 1954 dan siap pada tahun 1963 dengan senibinanya yang dipengaruhi oleh Arab dan Taj Mahal dimana sebuah kolam dilengkapi tugu berbentuk kubah dibina di tengah halaman bagi mendapatkan suasana ala Taj Mahal. Kos pembinaan menelan yang besar dan boleh memuatkan sehingga tiga ribu jemaah pada satu-satu masa. Ia menjadi pusat tumpuan jemaah di Pattani untuk beribadah serta mendalami ilmu agama.



























Jadi jika anda berhajat untuk travel ke Selatan Thailand, pastikan masjid mereka menjadi salah satu dari destinasi anda kerana masjid ini bukan sahaja kaya dengan nilai sejarah tetapi unik.

LIKE dan FOLLOW di Facebook serta Instagram

5 Tempat Menarik di Selatan Thailand.




You may also like

3 comments:

Maya said...

Kita kalau pergi negara orang memang suka singgah and lawat masjid. Ni bolehlah dijadikan rujukan kalau-kalau saya pergi Thailand ni.

dboystudio said...

mesti pergi sbb lain masjid lain sejarahnya dan seni bina pun berlainan.

s said...

Today, what we are seeing is the Islamic religion and culture is nearly the direct inverse of the American culture and lifestyle. Islamic Fiqh