Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Kami ingin kongsikan kepada anda salah satu lokasi menarik bagi pasangan yang ingin mencari lokasi perkahwinan menarik mereka. Rinching Terrace Wedding & Events (Rinching Terrace) merupakan lokasi terbaru yang mempesonakan sesuai untuk mengadakan majlis perkahwinan eksklusif atau sebarang acara sosial dan korporat.




Rinching Terrace dihubungkan dengan Lebuh Raya Utara Selatan iaitu keluar melalui tol Bandar Mahkota, Bangi dan hanya 10 minit memandu dari Bangi Golf Resort. Terletak di lokasi paling strategik antara Bangi dan Kajang,



Sejak tahun 2018, Rinching Terrace telah mengalami transformasi daripada hanya sebuah kawasan hutan terbiar, kepada sebuah taman subur menghijau yang eksklusif, selesa dan tersendiri.



Lokasi Sempurna Untuk Sebuah Majlis Perkahwinan Impian!
Lebih dua daripada tujuh ekar kawasan persendirian ini telah dibangunkan menjadi sebuah lokasi majlis perkahwinan mewah yang berlatar belakangkan alam semulajadi dengan landskap taman nan indah dan unik.





Diinspirasikan daripada rekaan taman hidup dan landskap alam semujadi, Rinching Terrace merupakan sebuah lokasi persendirian eksklusif yang mampu memuatkan sehingga 1500 tetamu dalam satu majlis. Ia dilengkapi dengan kemudahan asas yang lengkap dan persekitaran yang selesa bersama pemandangan yang menakjubkan untuk para pengunjung.





Bukan itu sahaja, terdapat koleksi akar unik yang ditemui di merata tempat dan dibawa ke sini untuk diabadikan sebagai sebuah galeri hidup yang menakjubkan. Landskap yang memukau ini mampu memberikan anda ketenangan fikiran setelah saban hari berhadapan dengan kesibukan kota dan pencemaran udara.



Pastinya landskap tanah bertingkat dan bercerun yang ditawarkan ini tidak terdapat di mana- mana lokasi perkahwinan di Malaysia. Kesemua landskap ini dijangka siap sepenuhnya hujung Disember ini dan sudah bersedia untuk menerima tetamu mulai awal bulan Januari 2020.

Setiap bakal pengantin pasti mahukan ruang yang tiada batasan dan kekangan dari segi pengurusan serta masa bagi membolehkan sebuah perkahwinan impian dirancang dan direalisasikan mengikut kehendak dan cita rasa mereka.





Tiga Lokasi Utama 
Rinching Terrace menyediakan 3 lokasi utama untuk anda pilih salah satu atau ketiga-tiganya sekali, iaitu Rinching Terrace Glass House, Khemah Agam (Marquee Tent) dan Taman Terbuka (Garden).

Rinching Terrace Glass House
Sebaik anda melangkah masuk dari pintu gerbang Rinching Terrace, anda akan disambut oleh barisan pohon ‘Orange Jessamine’ gergasi dan ‘Tree Man’ yang ditanam menganjur ke lobi Glass House.



Glass House merupakan sebuah banglo dua tingkat berdinding kaca yang berfungsi sebagai dewan utama dan mampu memuatkan 250 tetamu dalam satu majlis. Uniknya banglo ini ialah ia kelihatan seperti satu tingkat dari pandangan hadapan tetapi jika anda pandang dari sisi belakangnya, sebenarnya banglo ini mempunyai tingkat bawah yang menghadap taman.


Dari segi konsep interior, Glass House menampilkan dekorasi ringkas dan moden. Lampu chandelier bulat diletakkan di ruang tengah bagi memberikan kesan mewah dan diimbangi dengan penataan lampu-lampu LED yang ringkas di seluruh silingnya.




Berada di dalam Glass House ini pasti membuatkan anda teruja kerana anda dapat menikmati limpahan cahaya semulajadi di luar dengan pemandangan indah di sekeliling tanpa anda perlu risau tentang panas dan hujan kerana semua dindingnya kaca. Bagi menambah lagi kesan natural, lantai Glass House dipasang dengan kemasan kayu berlaminate.


Bertentangan dengan pintu masuk, sebuah pelamin sudah tersergam indah untuk meraikan kehadiran para tetamu. Istimewanya pelamin ini, latar belakang dinding kaca tidak ditutup. Ertinya pengantin bersanding di pelamin dengan berlatar belakangkan alam semulajadi. Menarik bukan?
Pelamin tersedia mengikut pakej yang ditawarkan dengan beberapa pilihan rekaan. Bagi yang memilih pakej platinum, pelamin ini boleh diubahsuai rekaannya mengikut cita rasa tersendiri.



Rinching Terrace Glass House juga dilengkapi dengan sistem penataan cahaya dan bunyi untuk memberikan kesan lebih dramatik, membawa suasana majlis anda ke tahap yang lebih berprestij.
Terlindung di bahagian bawah banglo ini ialah dua buah bilik iaitu bilik pengantin dan bilik rehat. Bilik pengantin yang luas dan selesa dilengkapi dengan kabinet baju, meja solek, katil, penghawa dingin dan bilik air bina dalam.

Manakala bilik rehat yang selesa disediakan untuk keluarga pengantin atau keluarga pihak sebelah yang datang bertandang. Bilik ini lengkap dengan sofa, kabinet, meja sisi, karpet dan penghawa dingin. Terdapat juga tandas lelaki dan perempuan serta surau untuk para tetamu di bahagian ini.




Khemah Agam (Marquee Tent)
Khemah agam terletak di sebelah kiri Glass House dan bertentangan dengan Taman Terbuka. Khemah ini dikhaskan untuk para tetamu menikmati juadah yang disediakan sewaktu majlis berlangsung dan mampu memuatkan 400 tetamu dalam satu masa.

Secara umumnya, majlis akan berlangsung serentak iaitu di dalam khemah untuk para tetamu dan Glass House untuk acara makan beradap dan bersanding. Tetamu yang selesai menikmati hidangan dan ingin menyaksikan pengantin bersanding bolehlah singgah di Glass House.

Bagaimanapun, tidak menjadi halangan jika anda juga ingin memasang pelamin dan bersanding di sini. Sebarang pengubahsuaian pakej bolehlah dibincangkan dengan pihak Rinching Terrace. Dari khemah, anda boleh menyusuri trek sebelum menuruni tangga untuk ke taman terbuka berhampiran.



Taman Terbuka (Garden)
Terletak di bahagian belakang khemah dan Glass House, taman terbuka ini memberikan impak suasana persis alam hijau nan damai lagi mengasyikkan - sesuai untuk majlis perkahwinan atau sebarang acara keraian. Ruang taman terbuka ini mampu memuatkan sehingga 1000 tetamu dalam satu majlis.

Anda boleh mengadakan majlis anda tanpa mengira waktu – siang atau malam. Lebih indah bila dipasang ‘fairylights’ dan kanopi lut sinar. Turut disediakan ialah sebuah binaan pentas kekal sebagai tapak pelamin atau untuk acara sosial.



Majlis anda pasti lebih bermakna jika diadakan di sini kerana taman ini dihiasi dengan pelbagai pohon hiasan menarik yang antaranya merupakan kegemaran peribadi pemilik lokasi ini. Bukan itu sahaja, anda juga akan dihiburkan dengan kicauan unggas, desiran pancuran air nan lunak, dan angin sepoi-sepoi bahasa yang memberikan rasa segar, damai, nyaman, tenang dan bahagia.



Eksklusif Untuk Majlis Anda
Seluruh kawasan ini adalah eksklusif kepunyaan anda pada hari berkenaan dan anda tidak perlu berkongsi dengan tetamu lain kerana hanya ada satu majlis saja pada satu masa! Anda tidak perlu risau tentang keselesaan atau keselamatan anda kerana yang hadir hanya keluarga, saudara mara dan tetamu anda sahaja! Ruang parkir juga sangat luas dan bertar.

Pelanggan tidak perlu risau sama ada jalan lecak atau kasut kotor jika hujan. Situasi penyelamat bagi tetamu wanita yang memakai kasut bertumit tinggi dan ibu bapa yang membawa stroller anak serta warga emas atau orang kurang upaya yang berkerusi roda.

Kemudahan di kawasan sekitar juga tidak kurang hebat. Anda boleh menikmati pelbagai makanan enak di bandar Bangi. Terdapat banyak hotel butik yang jaraknya hanya sekitar 5 minit memandu dari Rinching Terrace. 

Tawar Pakej Lengkap dan Menarik Rinching Terrace merupakan pusat sehenti perkahwinan dengan menawarkan pakej lengkap yang terdiri dari lokasi, katerer, pelamin, persalinan pengantin dan fotografi. Pendek kata, anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari pakej yang terbaik kerana semuanya telah tersedia untuk anda.


Ranching Terrace telah menyediakan tiga pakej istimewa yang berpatutan untuk para pelanggan iaitu::

a. Pakej Silver – Marquee Tent Only RM38,800 untuk 1000 tetamu.

b. Pakej Gold – Glass House & Marquee Tent (2 Halls) RM44,800 untuk 1000 tetamu.

c. Pakej Platinum - Glass House & Marquee Tent (2 Halls) RM51,800 untuk 1000 tetamu dengan lebihan menu dan pelamin serta busana eksklusif dan terbaru.

Sempena majlis pra pelancaran, Rinching Terrace telah menyediakan promosi eksklusif iaitu diskaun hampir RM10,000 jika anda membuat tempahan pada pada hari ini. Bermula hari ini juga, Rinching Terrace telah bersedia untuk menerima tempahan mulai Januari 2020 dan seterusnya.





Pada hari pembukaan ini, Rinching Terrace telah mengadakan sebuah prebiu eksklusif kepada rakan media&blogger, pelanggan korporat, rakan kongsi strategik dan orang ramai. Rakan media dan blogger diberikan penerangan terperinci berkenaan konsep dan kemudahan yang disediakan di Rinching Terrace sebelum mereka dibawa melawat ke sekitar dewan dan taman.





Para pelanggan turut berpeluang untuk bertemu dengan rakan kerjasama strategik Rinching Terrace yang terdiri daripada katerer, food&beverages, penata rias pelamin, pereka busana, juru mekap dan fotografi & videografi. Anda boleh membuat perbincangan terus atau menjadikannya rujukan untuk majlis anda nanti.



Untuk makluman, Rinching Terrace hanya bekerjasama dengan rakan niaga yang terbaik sahaja di dalam industri perkahwinan dan pengurusan acara ini. Bagi memastikan urusan majlis anda terjamin, Rinching Terrace telah melantik tiga rakan rasmi eksklusif iaitu Afkar (afkar_katering), Miezipro (miezipro) dan SASES (sases.official).



Mereka ini telah lama berkecimpung dalam industri perkahwinan dan begitu terkenal dengan reputasi servis mereka yang terbaik dan telah berpengalaman menjayakan acara yang melibatkan ramai VVIP. Jadi, jangan bimbang, hari istimewa anda akan diuruskan oleh mereka yang professional sahaja.


Sambil tetamu menikmati suasana keraian dan melawat ke sekitar taman, mereka turut bertuah kerana dapat menyaksikan sendiri pameran koleksi persalinan pengantin oleh rakan butik pengantin rasmi, SASES. Sambil duduk santai, tetamu dihidang dengan juadah pengantin yang menyelerakan oleh rakan katerer rasmi, Afkar. Manakala momen-momen penting dan indah sempena majlis pra pelancaran ini telah dirakam oleh rakan fotografi rasmi, Miezipro.



Majlis Pra Pelancaran dan Hari Terbuka Rinching Terrace Wedding & Events ini jelas dapat memberikan satu pengalaman penuh bermakna dan informasi berguna kepada tetamu mengenai servis yang ditawarkan oleh Riching Terrace.



Rinching Terrace Wedding & Events (Rinching Terrace) beroperasi di Riching Hilir, Kajang, Selangor. Rinching Terrace merupakan pusat sehenti perkahwinan dalam taman yang paling eksklusif dan terbesar di Lembah Kelang khususnya di kawasan Bangi, Kajang dan Semenyih.

Rinching Terrace meliputi kawasan persendirian seluas 7 ekar dengan 2 ekar telah dibangunkan menjadi sebuah lokasi perkahwinan yang berlatar belakangkan alam semulajadi dan landskap taman yang indah. Rinching Terrace menyediakan pelbagai pilihan lokasi iaitu banglo Glass House, khemah agam dan taman terbuka atau berkanopi lutsinar, sesuai untuk sebarang acara dan boleh memuatkan 1,500 tetamu dalam satu majlis.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman sosial mereka di :
IG: rinchingterrace
Email: rinchingterrace@gmail.com

#rinchingterrace #rtwedding #rtglasshouse #rtgardenwedding

Alamat:
Riching Terrace Riching Hilir, 43500 Kajang, Selangor
Tel: 019 390 8527 Puan Mira
Waze: Rinching Terrace Wedding & Events


Bersempena dengan sambutan Aidilfitri ini, MAGICA telah menjemput rakan media, rakan bisnes dan para pelanggan menghadiri prebiu eksklusif Hari Terbuka yang julung kalinya diadakan untuk tatapan semua. Tetamu dapat merasakan sendiri suasana keajaiban pada saat mereka melangkah masuk. Disambut oleh kakitangan yang mesra dan pihak pengurusan yang professional, seolah-olah semua orang sedang dibawa ke satu dimensi lain iaitu alam MAGICA. Hari istimewa ini dianjurkan dengan kerjasama lebih daripada 20 rakan vendor dalam industri termasuk katerer terkenal, perunding perkahwinan termasyhur, pakar dekorasi berpengalaman dan ramai lagi.


Senyuman terpesona jelas terpancar di riak wajah setiap tetamu yang hadir di dewan acara yang ditatah indah di tengah kawasan strategik kejiranan Subang. MAGICA Events and Function Halls merupakan dewan acara terbaharu dan terbesar pernah dilancarkan di kawasan tersebut. Terletak di tingkat atas Star Avenue Lifestyle Mall, MAGICA merupakan dewan agam yang direka sebegitu indah berdasarkan konsep hiasan dalaman Eropah yang moden dan dilengkapi fasiliti serba lengkap. Majlis pra pelancaran dan prebiu ini telah disempurnakan oleh Ms Chen Bee Kheng Ketua Pegawai Eksekutif Magica Events & Function Halls bersama Encik Mohamad Saad Bin Mohamad Rejab, Pengerusi Magica Events & Function Halls.





MAGICA menampilkan 3 dewan utama iaitu Magical Hall, Classic Hall dan Garden Hall. Sementara, gabungan kesemua dewan ini boleh memuatkan sehingga 7,000 tetamu pada satu-satu masa, setiap dewan boleh juga berfungsi secara berasingan dengan rekaan dalaman yang tersendiri untuk memenuhi keperluan, kehendak dan konsep yang berbeza. Tetamu pada Hari Terbuka ini berpeluang untuk menyaksikan sendiri kesemua dewan dan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa semua orang berasa terpukau dan kagum.






Magical Hall
Dewan utama seluas 12,000 kaki persegi ini menampilkan interior ekstravaganza dengan dekorasi penuh lampu candelier nan memukau yang terdiri daripada juntaian kelopak-kelopak kaca dan kristal yang bergemerlapan. Berada di tengah dewan adalah laluan peragaan yang diperbuat daripada lantaian kaca sepanjang 22 meter yang bersambung dengan pentas utama yang dihias penuh bunga-bungaan. Bak persona magikal yang terserlah indah, dekorasi yang menakjubkan ini telah dihidupkan oleh sistem penataan cahaya canggih yang meliuk-liuk bersama alunan muzik. Mampu memuatkan sehingga 3000 tetamu secara buffet atau 700 tetamu dengan susunan meja, dewan dengan fasiliti siap-sedia ini membolehkan majlis dapat dilangsungkan dengan lebih mudah dan menjimatkan masa tetapi tetap memukau pada setiap hari dan waktu.

Classic Hall
Terletak di sebelah kanan Magical Hall ialah Classic Hall dengan keluasan yang sama yang didatangkan dengan pentas siap-sedia, pintu masuk yang ditatarias dan hiasan bunga-bungaan bersama hamparan karpet merah. Dewan ini juga dilengkapi dengan sistem penataan cahaya dan AV yang memberikan kesan lebih dramatik, membawa suasana majlis anda ke tahap yang lebih berprestij. Bahkan ada juga ruang untuk sentuhan peribadi. Anda boleh menyerlahkan kreativiti sendiri dengan mendekorasi dewan mengikut cita rasa masing-masing.

Garden Hall
Sementara itu, Garden Hall yang terletak berhampiran pula menampilkan suasana ala hutan hijau persis taman nan damai lagi mengasyikkan - sesuai untuk acara keraian atau majlis perkahwinan. Selesa untuk 250 tetamu dengan susunan meja atau 700 tetamu secara bufet, dewan ini dilengkapi dengan suasana puitis yang berlatar belakangkan irama semulajadi kicauan burung dan deruan air terjun. Bak taman si bidadari yang bakal menjelmakan keajaiban atau magikal.

VIP Suite Rooms
Untuk pelanggan yang bercadang menganjurkan majlis yang lebih kecil atau mesyuarat, mereka mempunyai pilihan iaitu bilik suite yang dapat menampung antara 40 hingga 80 tetamu. Terdapat 2 suite VIP yang fleksibel bersama ruang legar luas untuk memenuhi keperluan sebarang acara.
Dengan pasangan mempelai sebagai pelanggan utamanya, Magica Events & Function Hall menawarkan rangkaian pakej perkahwinan menarik yang terdiri daripada senarai menu oleh katerer, pakar perunding perkahwinan dan pengurusan acara, diskaun menarik daripada rakan vendor dan pastilah dekorasi mempersona sebagai latar belakang kepada perkahwinan impian. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa dengan tawaran dan kelengkapan yang disediakan oleh Magica, pelanggan bukan sahaja bakal mendapat majlis perkahwinan yang sempurna, bahkan dapat menjimatkan lebih 50-60% daripada apa yang sepatutnya mereka belanjakan.



Sambil tetamu Hari Terbuka menikmati suasana keraian dan melawat ke sekitar dewan, mereka turut bertuah kerana dapat menyaksikan sendiri pertunjukan fesyen koleksi gaun pengantin oleh Putree Bridal dan KYBC. Sambil duduk santai, tetamu dihidang dengan juadah menyelerakan oleh rakan katerer MAGICA. Di deretan bufet pula terdapat pelbagai juadah tradisional, fusion, hidangan kenduri kahwin dan juadah Raya yang enak, dihasilkan sepenuh jiwa oleh para chef bersesuaian dengan tema untuk memberi pengalaman manis kepada semua tetamu.





Senyuman keriangan jelas terpancar di wajah para tetamu sepanjang majllis ini kerana MAGICA menyediakan pelbagai aktiviti menyeronokkan selain acara cabutan bertuah dengan hadiah Telefon Pintar Oppo dan Duit Raya untuk dimenangi. Semua tetamu berasa sangat teruja dan terhibur dengan suasana yang mengasyikkan disamping menikmati makanan yang enak dan berpeluang memiliki hadiah menarik.



Kemeriahan majlis berterusan hingga ke akhir dengan setiap tetamu yang hadir membawa pulang cenderamata daripada MAGICA dan rakan vendor. Hari Terbuka MAGICA Events and Function Halls jelas dapat memberikan satu pengalaman penuh bermakna dan informasi berguna kepada tetamu mengenai servis yang ditawarkan oleh MAGICA.

Untuk maklumat lanjut sila layari social media Magica Halls:
Facebook: MagicaatSubang
IG: Magicaatsubang
#magicaatsubang

Tentang Magica Events Sdn Bhd

Magica Events Sdn Bhd yang berpengkalan di Utara tanah air, merupakan pusat sehenti perkahwinan Melayu dan Cina sejak 1965. Dengan lebih daripada 50 tahun berkecimpung dalam industri, syarikat telah memperkenalkan edisi terkininya – MAGICA di kawasan Lembah Kelang. Dengan keluasan ruang lantai lebih kurang 36,000 kaki persegi, MAGICA menyediakan pelbagai pilihan dewan, sesuai untuk sebarang acara dan boleh memuatkan 7,000 tetamu pada satu masa.










MAJLIS PRATONTON DEWAN DAN 
SAJIAN H GARDEN. 
.
Satu lokasi terbaru di Kuala Lumpur yang menempatkan lokasi majlis event dan ruang menarik yang telah di hias tampak menawan. Jika hari biasa H Garden Cafe sentiasa di buka menjadi cafe dengan pelbagai hidangan menarik dan halal. Pelbagai aktiviti keraian atau acara seperti sambutan hari lahir, reunion, pelancaran produk serta pelbagai event yang memerlukan ruang sesuai untuk jemputan anda. 








Sesuai dengan tema Garden Wedding in the city @ H Garden Cafe Kuala Lumpur, dan bersama pilihan package menarik di Wedding Studio Sdn Bhd. anda boleh alami sendiri majlis dengan package yang berbaloi yang berada di tengah-tengah bandar Kuala lumpur. 

Terletak di Pudu berdekatan dengan stesen LRT Chan Saw Lin, Jalan Sungai Besi selain berhampiran Hotel Ibis Style Kuala Lumpur. Pasti menjadi pilihan utama yang serba lengkap dan senang menuju ke sini.


Pada majlis yang meriah ini kami di tontonkan gimik pasangan berkahwin di majlis yang cukup meriah ini. Tema garden dengan pelamin yang cantik serta hiasan yang memukau dan berjaya menambat hati kami semua.




hati siapa tidak tertawan dengan pelamin yang cantik dan menawan. Hiasan bunga-bunga pasti menambat lagi hati pasangan dan tetamu yang hadir.








Lihat sahaja hiasan dan makanan yang di sediakan termasuk la kambing juga boleh di sediakan. Promo tempah sebelum 31/10/2018 dapat FOC 2 ekor Kambing Golek atau 2 Piece Live Band Performance





Hidangan makanan nasi beriani bersama ayam masak merah menambahkan kemeriahan majlis ini serta makanan yang sedap-sedap. Menu wajib ketika kenduri kahwin mestilah nasi beriani, ayam masak merah, gulai kurma daging, acar sayur, papadom, bua-buahan serta kuih muih sebagai pencuci mulut. 


















Pada hari biasa pula tempat ini di jadiakan cafe dengan makanan-makanan yang sedap dan menarik seperti di bawah.







Pihak kedua-kedua keluarga tidak perlu bersusah payah memastikan kelancaran majlis kerana banyak package yang menarik menanti anda. Apalagi kepada yang mencari tempat sesuai, H Garden pasti pilihan yang sesuai.

Promo pakej perkahwinan 
500 pax Buffet pada harga Rm 21000 sahaja. 

☑️ 25 meja 250 kerusi
☑️ Baju Sanding Lelaki & Perempuan
☑️ Makeup 
☑️ PA sistem bersama pengacara majlis
☑️ Persembahan Kompang
☑️ Pelamin tema Garden
☑️ Photography + CD
☑️ Videography + CD
☑️Kek Pengantin 3 Tingkat
☑️ Pelayan 10 orang
☑️ Bilik Hotel Bermalam
☑️ 4 Dome VIP
☑️ Banyak Public Parking
☑️ Boleh tambah khemah depan hall
☑️ Tempah sebelum 31/10/2018 dapat FOC 2 ekor Kambing Golek atau 2 Piece Live Band Performance


Berminat boleh tempahan sekarang

012-4292806 | 012-4978827 | 012-2844827

WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM

Alamat H Garden Cafe :
LOT 682. ESPERANCE LIFESTYLE BUILDING
Off, Jalan Metro Pudu, Fraser Business Park, 55200 Kuala Lumpur