Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Kali ini ingin kami berkongsi dengan anda salah satu lagi lokasi menarik untuk anda menikmati Yong Tau Foo kegemaran semua.  Bagi mereka yang berdekatan Selayang jangan lupa singgah dan cuba Yong Tau Foo Ibu atau Zi's Tasty Treats yang terletak di Medan Selera Lotus Selayang.


Bagi peminat makanan Yong Tau Foo pasti mencari sendiri kedai yang penuh dengan pelbagai jenis isi yang sedap termasuklah bebola ikan, tauhu dan makanan laut yang yang lain bersama citarasa kuah pilihan. 



Pada pandangan kami Zi's Tasty Treats adalah tempat yang sesuai untuk menikmatinya. Selain kedai yang bersih yang di tutup pada awalnya mereka menghasilkan kuah dari resepi sendiri yang dimasak istimewa tanpa tambahan bahan pengawet dan pewarna tiruan.



Bagi pemilik Zi's Tasty Treats Puan Zaimah Ismail, yang biasa dipanggil ibu dikalangan pekerja dan kedai-kedai bersebelahan memberi tahu beliau asalnya adalah peminat Yong Tau Fo. Jika ada majlis rumah terbuka atau kenduri beliau juga turut menghidangkan Yong Tau Foo kepada pengunjung.


Di atas pemintaan penggemar Yong Tau Foo dari jiran dan rakan-rakan kerja mendorong beliau membuka Zi's Tasty Treats yang terletak di Medan Selera Lotus Selayang ini. Bermula 2 minggu sebelum PKP melanda seluruh negeri beliau turut membuat hidangan tempahan lunch box menerusi dalam talian.



Zi's Tasty Treats mempunyai lebih 30 aneka pilihan Yong Tau Foo untuk anda dinikmati dan harga yang ditawarkan bermula dari Rm 50 sen sehingga Rm 4 serta boleh dinikmati bersama kuah sos yang manis dan pedas. Bagi peminat Yong Tau Foo anda harus cuba bersama kuah sup yang panas dan sedap. 



Selain dari Yong Tau Foo anda boleh cuba menikmati hidangan menarik seperti Sotong Kangkung, Chee Cheong Fun dan Tahu Bakar yang pasti enak dan sedap. Memang meriah menikmati hidangan yang sedap bersama kawan-kawan dan keluarga. 






Bersempena dengan bulan ramadan akan datang Zi's Tasty Treats menawarkan set Iftar Talam dan Kotak Moreh untuk berbuka puasa nanti. 

Set Iftar Talam sangat sesuai untuk berbuka puasa dengan harga Rm 40 manakala, set Kotak Moreh pada Harga Rm5 sesuai untuk individu atau organisasi bagi disedekahkan pada surau, masjid atau rumah kebajikan

Untuk tempahan anda boleh singgah ke laman sosial mereka di :
Tel :  012-6556199

Jom bersama kami untuk mencari lokasi menarik promosi bulan Ramadan nanti. Kali ini kami sempat merasa sendiri hidangan promosi bagi Ramadan feast di Just Seafood , Sunway Giza.

Memang padu dan terbaik! Makanan laut yang segar dan sedap. Mereka telah siap sedia dengan menu menarik sempena Ramadan dihidangkan khas pada pelanggan sekarang dan sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak.



Just Seafood telah dibuka 7 tahun yang lalu di Malaysia, dan telah menjadi salah satu restoran makanan laut yang menyajikan makanan dengan gaya yang unik yang memenuhi semua kaum dan budaya di Malaysia.



Mereka sangat mengalu-alukan semua bangsa dan agama, untuk meraikan semua juga acara & majlis anda di Just Seafood! Menu BABY LOBSTERS yang baru juga telah ditambah.

Pertama di Malaysia, dan Baby Lobster ini diimport dari Amerika Syarikat. Kini anda dapat menikmati gaya makan Louisiana Cajun yang sebenar dengan udang karang asli dari sana. Sos ISTIMEWA kami, THE CAJUN ORIGINAL, adalah menu terlaris nombor 1 di Just Seafood, Sunway Giza.



Sos ini adalah campuran rempah yang berasal dari Louisiana di Amerika, di mana penduduk tempatan di sana menikmatinya dengan makanan laut. Kami telah mengolah serba-sedikit sosnya untuk menjadikannya CAJUN ASLI SEAFOOD ASLI kami sendiri agar ia benar-benar enak dan menepati citarasa tempatan.

Sebilangan besar pelanggan yang telah mencuba sos yang dimasak dengan makanan laut segar kami, mereka telah memberikan ulasan yang terbaik mengenainya.

Disamping itu kami juga mempunyai 3 sos lain yang luar biasa.

BUTTER CREAM MILK, yang kami masak dengan hanya menggunakan mentega asli.



GOLDEN EGG EGG, yang kami masak dengan kuning telur masin yang enak tak terperi & menjadi kegemaran ramai disini.






SIGNATURE CURRY, yang kami masak dengan campuran ramuan banyak rempah kari yang berbeza agar ianya menjadi satu tarikan istimewa bagi semua.



Semua sos sangat sesuai untuk disesuaikan dengan semua makanan laut, serta memberikan rasa istimewa kepada makanan laut kami.



Selain itu kami juga mengesyorkan menu lain seperti, NELAYAN PLATTER, YANG BERKONSEPKAN MAKANAN LAUT YANG DIKUKUS. Sos yang disira di atas makanan laut yang berasal dari pulau Bali, Indonesia.

Ini adalah sos tradisional yang digunakan oleh nelayan di sana untuk memasak makanan laut mereka setelah mereka menangkapnya dari laut. Gaya memasak makanan laut budaya khas yang kami pelajari ketika kami mengunjungi Bali, dan diajarkan kepada kami oleh Pak Nelayan yang merupakan nelayan tradisional dari Bali. 



BABY LOBSTER CAJUN
Baby Lobsters / Crayfish / Crawfish / Lobsters Air Tawar (Dari Amerika Syarikat)
Baby Lobsters adalah tambahan terbaru untuk pelbagai makanan laut. Berasal dari Louisiana (AS), ini adalah makanan laut asli yang dimakan di sana. Akhirnya setelah 7 tahun, kami dapat membawa Baby Lobsters ke Just Seafood.


(Baby Lobsters)
RM80 untuk Setengah kg (12pcs)
RM150 untuk 1kg (24pcs)
(Disarankan dimasak dalam sos Cajun Asli / pedas Super Panas ... Dan disertakan dengan Lobak, Kentang & Jagung)



KETAM NIPAH (Dari Indonesia)
350g L saiz RM40
450 XL saiz RM55
550 saiz 2XL RM75
650g-790g 3XL saiz RM100
800g-1kg saiz 4XL RM140


KETAM BUNGA 
(Dari Sabah, ditangkap pagi dan diterbangkan ke KL pada hari yang sama. Tidak beku)
Setengah kg RM40
1kg RM75



TIRAM HIDUP (Dari Washington State USA. Saiz besar)
1 pc RM18
Beli 4 pc dapatkan 1 lagi PERCUMA.


Kerang (Indonesia & Thailand)
Kerang (Dari Jepun)
Kerang (Dari Chile)
Udang (Dari Sabah)
Sotong (Sabah)
Baby Gurita (Jepun)

Bagi peminat makanan laut jangan lupa untuk mencuba "BABY LOBSTER CAJUN" yang padu! Pastikan anda menikmati bersama kawan-kawan dan keluarga.

📍Just Seafood
C-8-G, Sunway Giza
Jalan PJU5/14, 47810
Petaling Jaya, Malaysia

Untuk tempahan & dine-in sila whatsapp
wasap.my/+60122290855/JustSeafood


Layari laman web dan laman sosial mereka di :
Facebook : https://www.facebook.com/JustSeafoodMY/
Instagram : https://www.instagram.com/justseafood_kd

Promosi Buffet Ramadhan 2019 Di Dewan Tengku Zara, Bangi oleh Azam Pandan Catering.

Promosi pakej Berbuka Puasa di Dewan Tengku Zara, Bangi Oleh Azam Pandan Catering Berkonsepkan ''stall Ramadhan Buffet'' Menampilkan pelbagai hidangan tradisional dan barat yang istimewa.

[ Promosi Ramadhan] Sementara tunggu tibanya Ramadhan apa kata kita intai-intai juadah berbuka puasa, bolehlah kita ke sini nanti bersama keluarga dan kawan-kawan.






Buffet Ramadhan Dewan Tengku Zara, Bangi Oleh Azam Pandan Catering menawarkan pelbagai jenis menu menarik dari 150 Juadah menarik. Lokasi yang menarik dan hall yang besar sesuai untuk menikmati hidangan dengan selesa.

Harga Buffet Ramadhan.
Harga Promosi 5 hari Ramadhan pertama Rm 55
Dewasa : Rm 55 Dewasa
kanak-kanak : Rm 27.50

Antara pilihan yang menarik adalah Nasi Arab Mandy, Kambing Golek Arab, Ikan Bakar Keli, Kembong, Gulai kawah, Bubur lambuk, Ikan Patin Tempoyak, Steam Patin King Sauce, Nasi Ayam dan bermacam-macam lagi.





















Pelbagai hidangan pemanis mulut yang patut anda cuba. Kesemuanya sedap dan menarik dengan pilihan yang pasti menjadi kegemaran anda. Apam balik dan cendol anda harus cuba jika ke sini.










 


Antara kemudahan yang disediakan :
Tempat solat yang selesa Serta Solat Terawih setiap malam.
Tempat letak kereta percuma - Suasana damai dan tenang jauh dari kesibukan kota.
Penuh dengan menu menarik bagi anda untuk berbuka puasa di bulan Ramadhan ini. Anda boleh berkongsi kegembiraan dan menikmati makanan menarik di sini dan jangan lupa share jika menarik.

Untuk tempahan :
Office: 03-78400516/03-78400657
Mazmadi: 012-475 0151
Nisa: 019-249 5778
Sue: 011-3698 1261
Syazwan: 012-614 0151
Emma: 019-945 1449

Facebook: Azampandan
https://www.facebook.com/dewantengkuzarabangi/
Instagram: Azampandan catering
Website: www.azampandan.net

Dewan Tengku Zara, Bangi
Alamat: LOT 1513-B Batu 18 1/2 , Jalan Bangi,
Kg Sg Tangkas, 43000 Kajang Selangor.