AVANI SEPANG GOLDCOAST RESORT

0 Comments
PUAS BERSANTAI DI
AVANI SEPANG GOLDCOAST RESORT

Perjalanan yang melalui perkampungan akhirnya teruja melihat sebuah Resort yang
besar dan tersergam indah. Melalui kawasan tepian pantai dan diselubungi
alam semula jadi yang sunguh mempesonakan. Inilah resort yang anda lihat menyerupai
pokok kelapa sawit jika menaiki kapal terbang. Avani sepang Goldcoast Resort yang terletak
di daerah Sepang di bahagian selatan negeri Selangor, berhampiran dengan Litar Antarabangsa Sepang ( Grand Prix Formula 1 Malaysia). Pemanduan 45 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan 90 minit pemanduan dari 
Pusat Bandar Kuala Lumpur.

Dikelilingi oleh air cetek di persisiran Pantai Barat,Avani sepang Goldcoast Resort menawarkan percutian yang terlindung di dalam keindahan  tropikal yang mudah dikunjungi tetapi memberikan anda kebebasan dari kesibukan bandar. Avani sepang Goldcoast Resort mempunyai 300 bilik yang di inspirasikan dari binaan kontemporari Polynesia, serta Villa yang terdiri satu, dua dan tiga bilik tidur pemandangan menghadap laut. sesuai sekali untuk mereka yang bercuti bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Resort ini juga mempunyai dewan persidangan Grand Ballroom yang mampu memuatkan 50 hingga 1000 tetamu dan pelbagai fungsi sesuai dalam sesi berinteraksi atau persidangan perniagaan berskala besar.


Resort ini mempunyai lima buah pilihan restoran dan tempat makan yang menarik.
Pengunjung berpeluang menjamu selera sambil di iringi tiupan angin laut yang nyaman. Setiap restoran mempunyai kelebihanya tersendiri yang menyajikan sajian makanan tempatan, makanan barat, makanan cina, stimboat dan makanan timur yang di hidang dengan penuh ketelitian dan kesenian. Selain kemudahan bilik dan restoran, Avani sepang Goldcoast Resort
juga menyediakan beberapa aktiviti kepada pengunjung di Extreme Park yang membolehkan anda menikmati permainan go-kart dan pemanduan ATV di kawasan denai serta mencuba paintball dan memanah di kawasan yang disediakan. Berbasikal secara percuma di sekeliling kawasan sekitar memang kesukaan kami di sini dan bersiar-siar di pantai. 

Pakej terbaru adalah menaiki bot sambil menikmati pemandangan paya bakau,
haiwan liar dan keindahan Sungai Sepang yang semulajadi menariknya. Terdapat 2 kolam untuk anda bersantai dan Avani Spa pula menawarkan pelbagai jenis rawatan dan menu spa dengan pakej yang menarik untuk memanjakan pengunjung dalam suasanan yang tenang.
Dengan kemudahan dan perkhidmatan terbaik itu, tidak hairanlah jika Avani Sepang Goldcoast Resort bertaraf lima bintang yang eksklusif.





Avani sepang Goldcoast Resort
67, Jalan Pantai Bagan Lalang
Kg. Bagan Lalang, 43950
Sungai Pelek
Selangor Darul Ehsan
Telefon 03- 3182 3600




























You may also like

No comments: