SPA ROYAL MUANG SAMAI VILLAS

0 Comments
Thailand sememangnya kaya dengan pelbagai tarikan menarik dan boleh dikatakan, saban tahun bilangan penduduk Malaysia yang melancong ke negara jiran ini semakin bertambah. Antara destinasi yang sering dilawati adalah phuket, Bangkok dan Hatyai. Namun, tahukah anda selain daripada tempat tersebut, Thailand juga mempunyai banyak lagi destinasi menarik lain yang masih belum lagi anda terokai. Koh Samui pasti ramai orang Malaysia mengenali kepulauan di Thailand ini sebagai salah satu pusat pelancongan terkemuka. Ramai juga antara kita yang telah menjejakkan kaki ke sana untuk bercuti. Keindahan pulau serta pantainya sangat cantik. 
 @amazingthailand @bangkokairways @santaitravel 

 Syarikat penerbangan Bangkok Airways dengan kerjasama Tourism Authority of Thailand telah membawa kami ke Koh Samui untuk melihat dan merasai sendiri yang sebenarnya Koh Samui juga mesra muslim dan mudah mendapat makanan halal di sana.



MANJAKAN DIRI DI SPA  ROYAL MUANG SAMAI VILLAS

Perjalanan kami terus melawat Villa yang amat cantik sekali dan merasai pengalaman urutan yang menyegarkan di Spa Cave Rai Ra yang terletak di Royal Muang Samai Villa 


















MANJAKAN DIRI DI SPA

Rugi rasanya jika datang ke Thailand tidak merasai urutan tradisional Thailand. Rasai pengalaman menyegarkan di Spa Cave Rai Ra yang terletak di Royal Muang Samai Villa yang unik seperti di dalam gua. Anda boleh memilih sendiri minyak yang pelbagai jenis dan urutan yang sekuat mana anda mahu. Di Samui juga terdapat banyak lokasi kedai urut yang murah dan bersesuaian. Bagi yang baru hendak mencuba, ada baiknya jika memilih urutan yang sederhana dahulu.




































You may also like

No comments: