Demonstrasi Memasak Live oleh Chef Sherson Lian dan Berbuka Puasa dengan ( Nasi Dulang Khas oleh Chef Sherson Lian)

0 Comments
Demonstrasi memasak live oleh Chef Sherson Lian dan berbuka puasa dengan Nasi Dulang khas oleh Chef Sherson Lian. Siapa yang menonton 5 rencah 5 rasa pasti akan teruja kalau dapat melihat secara live demo masakan beliau.





Terima kasih Suria Klcc yang memberi kami peluang melihat secara dekatnya demo memasak chef terkenal ini yang memang simple dan mempunyai peminat yang ramai.


Chef Sherson Lian mengakui bahawa banyak pengaruh memasaknya berasal dari ibunya yang memberinya pembelajaran asas untuk merasai rasa dan rempah bersama menjadikan ia lebih mahir untuk memasak. 


Demo memasak yang bertempat di SVAGO Klcc menjadi pilihan kali ini dengan menu ikan bakar masak lemak.



Masakan yang telah siap untuk kami rasai bersama tapi masih berpuasa, anda pun berpeluang untuk ke sini di Suria Klcc bagi melihat demo chef-chef popular anda dan review kedai-kedai makanan menarik di Suria Klcc.



Bulan ini di Suria Klcc anda mendapat peluang untuk memenangi tiket untuk melihat demo memasak secara live oleh Chef Sherson apabila anda membelanjakan RM80 ke atas outlet F & B di Klcc kegemaran anda! 

Apa yang perlu anda lakukan ialah menghantar resit F & B yang anda belanjakan di Suria KLCC melalui https://contest.suriaklcc.com.my/



lihat beberapa siri video review makanan oleh Chef Sherson di Madam Kwan, Melur & Thyme, Aseana CafĂ© dan Mamasan untuk mengetahui menu-menu yang mesti baru untuk mencuba semasa Ramadan! 

Madam Kwan

Kami berbuka puasa  di Chinoz On the Park dengan hidangan menu
Nasi Dulang khas di sediakan oleh Chef Sherson Lian. Masakan yang sedap ini pasti menambat hati pengunjung.



Chinoz On The Rice Plate Park memang sangat-sangat sedap dan kenyang denga plate yang penuh dengan lauk-lauk pilihan chef.

Chinoz On the Park juga menyediakan dua pilihan minuman dan campuran utama seperti Nasi Hujan Panas, Nasi Biryani, Nasi Beringin atau Nasi Warong yang berubah setiap minggu. Jika ke Suria Klcc pastikan anda mencuba hidangan special ini.




You may also like

No comments: