PUTRA BRASMANA HOTEL

0 Comments
Pengembaraan kami ke Negeri Perlis Indera Kayangan bersama Travelogue Malaysia adalah bagi menjelajah destinasi percutian menarik yang membawa kami ke , Perlis. Peluang yang ada ini kami kongsikan bersama anda dengan meneroka tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati.

PUTRA BRASMANA HOTEL 
Penginapan kami di Putra Brasmana Hotel Kuala Perlis yang menarik berhadapan dengan laut dan Jeti Kuala Perlis. 

Hotel ini terletak bersebelahan dengan Jeti Kuala Perlis untuk ke Langkawi. Perjalanan dari Jeti Kuala Perlis ni ke Langkawi cuma 1 jam 15 minit sahaja. 



Suasana hotel yang cukup besar dan hiasan cantik menarik perhatian kami. Anda dapat melihat belangkas rasaksa di dalam hotel ini.


penginapan bilik kami mengadap laut jadi dapatlah kami menghirup udara segar bayu laut di Perlis ini.








Terdapat taman permainan dan deretan kedai ikan bakar di hadapan hotel. Nanti kita cerita bab makan pula yang sememangnya sedap-sedap belaka.



Samudera Bistro Restoran di PUTRA BRASMANA HOTEL
mempromosikan makanan tengahari yang menarik dan berpatutan. Lihat sahaja menu tengahari mereka yang sedap, kari ikan segar memang kesukaan semua.




Hidangan promosi mereka sangat terbaik!
Rm15 untuk 2orang makan, ada Ikan goreng, kari ikan serta ulam dan air sirap. Orang Perlis kena ke sini untuk menikmati makan tengahari yang sedap.








Masjid Al-Hussain iaitu masjid terapung yang terkenal di Kuala Perlis ini cuma 10minit berjalan kaki sahaja dan memang menarik untuk bergambar. Suasana matahari terbenam memang sangat-sangat cantik.






Samudera Bistro Restoran di PUTRA BRASMANA HOTEL.


Restoran ala-ala hipster yang betul-betul di bawah hotel menjadi pilihan kami. Kawasan yang luas dan pasti kebersihan hotel yang di jaga menjadi pilihan kami.







Lihat sahaja menu-menu yang terhidang sememangnya sedap dan menarik. Sesiapa yang berada di perlis harus mencuba menu-menu mereka.



mee ketam menjadi pilihan semua kerana sedap dan menarik.






Jika ke Perlis pastikan anda mencuba hidangan mereka yang sedap dan segar. Pastikan akan kembali ke hotel ini pada masa akan datang.




Perlis selama 4 hari 3 malam tidak terasa cepatnya dan banyak lagi tempat yang perlu di jelajahi. Terima kasih Borakkita, Perlis Nature & Wildlife, UPEN, dan Perodua Malaysia yang telah menaja Perodua Bezza dan Perodua Myvi untuk travelogue kali ini.



Selamat membaca jangan lupa SHARE post ini dengan semua kenalan. Terima kasih pada semua.

Untuk sebarang pertanyaan boleh email:
dboyfotopages@gmail.com
INSTAGRAM
Jemput Follow Instagram @dboy_studio






You may also like

No comments: