11 Tempat menarik di YILAN, TAIWAN yang harus anda lawati.

0 Comments
Penerbangan mengambil masa selama empat jam setengah dari Kuala lumpur ke Kaohsiung International Airport, Taiwan.

Kali ini kita akan menjelajahi bahagian pesisiran pantai Timur Taiwan. Antara tempat menarik  dan makanan halal yang ingin kami kongsikan adalah di Kaohsiung, Taitung, Hualien dan Yilan.




Kaohsiung Airport terletak di selatan Taiwan jadi untuk menuju ke pantai timur Taiwan kami menaiki keretapi menuju ke Taitung dan menaiki kereta dari travel agent yang kami hubungi.

Untuk perjalanan muslim friendly travel kali ini akan kami kongsikan kepada anda apa yang menarik dan popular menjadi tarikan tumpuan pelancong ke sini.

Kami menaiki kereta api dari Hualien menuju ke Liyan.

1. Jianxio - Liyan, Taiwan.

Kawasan tanah rata yang luas sesuai tanaman padi dan daun bawang (spring onion). Sangat popular dengan hot spring, air panas semulajadi. Berdekatan dengan bukit menjadikan kawasan ini sejuk dan nyaman.




Terdapat hot spring untuk membersihkan kaki betul-betul berhadapan dengan Jianxio Station.



2. NO 9 Hotel.

Antara hotel yang mempunyai hiasan butik hotel yang elegan. Kebanyakan bilik baru menggunakan tandas bidet seperti di jepun.










2. Shandori Hotel.

Jiaoxi Township Yilan, Taiwan. Shandori Hotel penuh dengan ukiran kayu-kayan yang mahal dan cantik.

Hidangan makanan muslim sup dan vege mengikut musim, hotel ini adalah halal muslim friendly hotel. Terdapat jugak bilik solat, bilik untuk seminar dan bilik-bilik baru dengan tandas bidet.





3. Xing Yuan Tea Farm.
Lebih daripada 100 pengusaha tea di kawasan ini dan mempunyai lebih dari 10 jenis tea dengan pelbagai jenis warna dan rasa tersendiri. Apa yang menarik anda boleh melakukan aktiviti DIY di sini.

Kami sempat melakukan aktiviti diy seperti membuat bantal dengan daun teh dan menikmati aiskrim. Cubalah rasa teh mereka yang segar dan aroma yang padu.







4. Haoke Sannshing B&B Homestay.

Homestay muslim friendly restoran dan muslim friendly tourism. Mempunyai 8 bilik dan mempunyai 2 certificate muslim friendly tourism dan restaurant. Terdapat green house untuk melakukan diy mengijut musin.












5. Luodong night market.

Luodong night market penuh dengan pelbagai jenis gerai makanan Taiwan, kedai pakaian dan cenderahati.



Apa yang menarik di sini kami lihat adalah lori sampah mereka dengan sistem pengurusan sampah yang teratur menarik.




6. DIY Sanshing chong.

Kawasan yang sesuai dengan tanam daun bawang dari tempat lain kerana cuaca dan sistem pengairan yang baik menjadikan tanaman lebih subur. Tanaman lebih panjang dan rangup.

Menggunakan minyak halal dan mempunyai produk halal dari biskut daun bawang. Nt150 untuk merasai pengalaman memetik bawang Nt100 untuk memasak roti canai daun bawang.





7. Fairy Story Village Ecological Farm B&B Yilan

Fairy Story Village Ecological Farm B&B Yilan. Antara homestay yang bertaraf Muslim friendly restaurant dan tourism.

Hasil tanaman yang segar dan tanpa bahan kimia di gunakan. Segala hasil dari buah-buahan, sayur di kebun dan herba di jadikan produk makanan dan minuman. Nak rasa buat diy kisar beras? Jom ke sini! 

Banyak diy mereka lakukan seperti memetik hasil tuaian, menuai mengasilkan padi dari kulitnya, memasak roti canai daun bawang dan menangkap ikan dan lala.






8. Meihua lake leisure farm.

Berdekatan dengan Meihua lake yang cukup popular untuk beriadah. Meihua lake leisure farm juga mempunya bilik-bilik besar sesuai untuk kelurga dan team building.





9 . Rothenburg lodge.

Suasana homestay ala-ala rumah agam di German dengan dipenuhi oleh barangan khas menjadikan homestay ini tampak mewah.




10. Riverside inn hotel.

Riverside inn hotel berhadapan dengan sungai dan sawah padi yang menjadikan hotel ini menarik untuk di kunjungi.

Hiasan dalaman yang menarik serta makanan halal muslim friendly restaurant dan tourism dengan dua dapur yang besar di tempat sarapan pagi. Di dapur ini pelbagai aktiviti pembelajaran masakan halal di lakukan.






11. Happiness Skyline Hotel.

Hotel yang mempunya view yang menarik dan berhadapan dengan Luodong train station. Hiasan dalaman yang moden dan cantik sesuai untuk orang muda. Masih dalam renovation bahagian dapur dan mendapat sijil muslim friendly tourism.





Tahniah! Carrefour Taiwan

Bersungguh-sungguh kawan nak menunjukkan produk halal dekat kami. Rasa bangga dan terkesima jugak banyak produk halal tapi harga berbeza sikit yer tapi tidak perlu nanti bawa banyak-banyak dari Malaysia.



Orang Taiwan suka jem kaya malaysia so boleh la tukar-tukar buah tangan jika berkunjung ke sini. Antara produk halal yang terdapat di Carrefour Yilan, Taiwan sebagai penutup #SalamTaiwan muslim friendly kita. Terima kasih semua jumpa lagi destinasi percutian travel muslim friendly akan datang. Sampai Jumpa lagi..

Jom ikuti perjalanan kami #SalamTaiwan dan #HalalTaiwan yang telah saya kongsikan di sosial media Facebook dan Instagram.

Boleh follow instagram sy utk lebih byk travel tips www.instagram.com/dboy_studio
Boleh juga baca blog di : www.dboystudiomy.com




You may also like

No comments: