JIMAT BERBELANJA DI SEGI FRESH BALAKONG

0 Comments
Aktiviti jimat berbelanja kali ini kami sarankan untuk anda berbelanja di Segi Fresh. Segi Fresh ada total 33 cawangan di seluruh semenanjung Malaysia.



Harga barang mentah murah kalau korang berbelanja barangan basah yang segar macam sayur, ikan, ayam, daging, makanan laut dan buah-buahan. Udang pasti menjadi pilihan semua sebab segar dan murah. 


Sesuai sungguh untuk pemborong, meniaga nasi campur, bazaar Ramadhan, katering dan kenduri-kendara. Perbezaan harga pun murah berbanding kedai lain yang lebih kurang sama.




Memang laju dari banyak tinggal sikit udang yang saya pilih, kalau datang awal lagi bagus. Segi Fresh sentiasa menambah makanan dan bahan mentah yang segar-segar untuk pengguna, jadi jangan risau.









Makanan laut ikan,sotong, kerang dan pelbagai lagi makanan laut segar dan sejuk berais bagi lebih segar lagi. Pelbagi Pilihan termasuklah ikan salmon dan tenggiri pun ada. Ikan hidup pun ada siap sedia untuk di bawa pulang. Murah dan Jimat!





Sayur-sayur segar pasti menarik perhatian anda dengan kesegarannya tambah berwarna-warni lagi. Pemakanan sayur segar di galakkan untuk kita bertambah sihat. Segi Fresh mempunyai kualiti sayur yang baik dan segar-segar. Sesuai buat suri rumah yang inginkan sayur yang segar dan tahan lama.













Nampak tak kualiti telur di Segi Fresh yang murah dan segar. Segi Fresh memang terkenal dengan barangan dengan harga borong jadi memang pilihan terbaik pengguna di Malaysia.





















Abam tengok oren tu yang tak tahan Rm 0.99sen memang beli banyak dan borong banyak-banyak. Buah-buahan lain pun banyak dan segar-segar. Kalau dah dekat anda patut singgah!

Layari laman facebook dan instagram Segi Fresh dekat sana anda dapat lihat promosi dan harga-harga menarik setiap minggu. Jangan lupa untuk follow sekali.


You may also like

No comments: