Promosi Buffet Ramadhan 2019 Di Kuala Lumpur Convention Centre.

0 Comments
Promosi Buffet Ramadhan 2019 Di Kuala Lumpur Convention Centre.

Pakej Berbuka Puasa di Kuala Lumpur Convention Centre meriahkan berbuka puasa Ramadan dengan memperkenalkan 'bazar kontemporari' untuk jamuan korporat dan orang ramai.



[ Promosi Buffet Ramadhan 2019 ] Sementara tunggu tibanya Ramadhan apa kata kita intai-intai juadah berbuka puasa, boleh la kita ke sini nanti bersama keluarga dan kawan-kawan.


Kuala Lumpur Convention Centre (Pusat Konvensyen) akan mendermakan 5% hasil kutipan daripada jamuan berbuka puasa Ramadhan pada tahun ini kepada badan-badan amal yang disokongnya selaras dengan wawasannya untuk mengimarahkan bulan Ramadhan dengan semangat bersedekah.

Harga Bufet Ramadhan.
Dewasa : RM150 bersih seorang
Diskaun 50 % untuk warga emas 55 tahun keatas dan kanak-kanak 4- 12 tahun. 

Pusat Konvensyen juga menawarkan diskaun 10 % kepada orang ramai yang membuat tempahan awal sebelum 30 April 2019.



Menikmati kambing panggang dan bermacam jenis hidangan yang dari awal menambat selera anda. Makanan Jepun yang menarik apatah lagi dengan masakan laut yang segar di buat secara lansung di depan mata.





Menu tahun ini merangkumi pelbagai sajian tradisional dan moden yang digabungkan dengarn aneka juadah yang menjadi kemestian' pada bulan Ramadan, antara lain termasuk bukhara Ramadan dihidangkan dengan gulai kawah daging campur bersama kedondong, gulai kawah tulang rusuk kambing bersama ubi kentang, dan gulai kawah ayam kampung bersama pisang muda lemak manis, ayam kampung masak cencaluk, lemak asam telur itik bersama sayur munggai; tembosa dan ubi getok, udang laut dengan durian, dan makanan laut panggang daun pisang.





































Suasana santai yang telah diubah suai ke gerai-gerai makanan klasik tepi jalan 'masakan live' menjanjikan pengalaman yang pasti sukar dilupakan oleh pelanggan kami pada bulan Ramadan ini. Chef akan memasak makanan jalanan kegemaran ramai, seperti barbeku Thai, stimbot, kuetiau goreng dan sate ayam dan daging.

























Deko yang menarik pasti memikat hati pengunjung dengan buah-buahan segar dan pemanis mulut yang istemewa.














Pusat Konvensyen juga menyediakan bilik solat khas, sejadah, selipar, tempat wuduk dan Imam untuk mengimamkan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih dengan selesa selepas berbuka puasa.

Jika berminat untuk berbuka puasa bersama Kuala Lumpur Convention Centre bolehlah hubungi info di bawah : 

Sila hubungi +603 2333 2866 pertanyaan dan +603 2333 2877 untuk tempahan korporat. 

Untuk maklumat tentang jamuan berbuka puasa Pusat Konvensyen, sila ke laman www.klccconventioncentre.com




You may also like

No comments: