Tempat menarik di Wilayah Kejora, JOHOR yang harus anda lawati.

0 Comments
Travel Media Escape @ Kejora 2019 baru-baru ini membuatkan ramai tertanya-tanya apakah uniknya negeri sebelah selatan ini. Memang tak cukup masa untuk mengelilingi wilayah kejora yang telah lama terasa untuk di terokai. Kali ini kami kongsikan kepada anda apa yang menarik dan untuk anda rasai sendiri keindahan, budaya, makanan dan senibinanya.

Travel Media Escape @ Kejora 2019 bersama Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dan Travel writers Association of Malaysia (TRAM) . kali ini akan melihat dan menyelusuri tempat-tempat menarik disekitar Wilayah Kejora.

Teratak Penawar Kota Tinggi.

Kami di sajikan dengan makanan tradisi Nasi Ambeng bila tibanya di Teratak Penawar dan diiringi kompang serta nyayian anak muda yang berbakat. Anda juga boleh menyewa penginapan farmstay di sini sambil melihat hasil tanaman rock melon yang segar dari ladang.



Taman Buaya Teluk Sengat 

Taman Buaya Teluk Sengat terletak di Teluk Sengat, Kota Tinggi Johor, Malaysia. Di situ terdapat lebih 1000 ekor buaya. Di situ juga terdapat seekor buaya yang berusia 130 tahun tanpa taring.





Buaya di sini adalah buaya air masin (Crocodylus Porosus). Para pelawat mempunyai peluang untuk menyaksikan bagaimana buaya diberi makan dan melihat secara dekat bagaimana mereka berehat.







Pelawat boleh menyaksikan juga anak-anak buaya dan dibenarkan sentuh mereka di bawah pengawasan penjaga. Selain itu, terdapat cenderamata yang dijual di taman buaya tersebut .

Untuk maklumat lanjut hubungi:

Crocodile Farm 
Lot 1289 & 1290, Jalan Sembilan, Kg Belading, Teluk Sengat, 81940 Kota Tinggi, Johor. 
Tel : 07-895 5220 


You may also like

No comments: