PAKEJ DURIAN ‘EAT AS MUCH DURIAN AS YOU CAN’ PULAU PINANG KEMBALI LAGI

0 Comments
PAKEJ DURIAN ‘EAT AS MUCH DURIAN AS YOU CAN’ PULAU PINANG KEMBALI LAGI

Jom ke Pulau Pinang! atas permintaan ramai, Tourism Malaysia (TM) melancarkan kempen khas bertemakan durian bersempena musim durian di Pulau Pinang.









Pakej istimewa itu Pakej Durian ‘Kembali Atas Permintaan’ Makan Durian Sebanyak Yang Anda Mahu @Dusun 8321, Balik Pulau akan bermula dari 6 Mei hingga 6 Ogos 2019 merupakan kempen secara kerjasama antara Tourism Malaysia bersama Asia Gateway Tours dengan sokongan Air Asia Berhad dan beberapa buah hotel terpilih di seluruh Pulau Pinang.












Kempen khas ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakthiar Wan Chik. Hadir sama, Pengarah Kanan (Bahagian Domestik dan Acara) Tourism Malaysia, Dato Dr Ammar Abd Ghapar di Gaya Beach, Hotel Rainbow Paradise Beach Resort Pulau Pinang.

Turut hadir, Pengurus Besar Hotel Rainbow Paradise Beach Resort, Gulab Raj, Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Utara, Sani Sham Ahmad, Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Pulau Pinang, Jonathan Freddy P Bagang dan Pengarah Perhubungan Kerajaan Air Asia Berhad, Zamani Mohd Rafique.

Pakej Durian ‘Kembali Atas Permintaan’ Makan Durian Sebanyak Yang Anda Mahu @Dusun 8321, Balik Pulau menawarkan pakej istimewa antaranya RM66 bagi seorang dewasa dan RM36 bagi kanak-kanak.




Bagi pakej penginapan 2H1M juga ditawarkan dari RM186 seorang dan RM366 seorang bagi pakej 3H2M dengan tempahan minima 4 orang bagi setiap pakej dan Tourism Malaysia mensasarkan 3,000 pakej dengan kadar unjuran berjumlah RM300,000 sepanjang promosi berlangsung. 

Sebagai bonus tambahan, pembeli pakej juga berpeluang memenangi tiket penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang ke Johor Bharu dan Pulau Pinang ke Melaka serta diskaun tambahan 10 peratus turut diberikan ke atas sebarang pembelian pakej durian dengan menunjukkan pas masuk Air Asia sepanjang tempoh promosi.






19 jenis durian dipromosikan seperti D604 dan Red Heart
5 ladang durian menjadi tarikan. Turut terdapat pelbagai produk campuran durian seperti Gula-Gula, Ais Kacang dodol, lempuk, biskut mawar, ais krim, milkshake, mooncakes dan cappuccino.

Durian Buffet (11am-5pm)
RM66 nett (dewasa)
RM36 nett (kanak-kanak)

Durian Pakej 2D1N (RM186nett)

1 x bilik penginapan untuk semalam berserta sarapan pagi untuk dua orang
(hotel penginapan 3 bintang atau seantaranya.
Return transfer hotel - ladang durian
Makan sampai puas
Lawatan ke ladang durian

Durian Lovers Package 3D2N (RM366 nett)

Penginapan dua malam twin sharing berserta sarapan pagi untuk dua orang.
(hotel penginapan 3 bintang atau seantaranya.)
Return transfer hotel - ladang durian
Makan sampai puas
Lawatan ke ladang durian

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi
Mr Eric - 016-4344263 - agtericyeap@gmail.com
Ms Vince - 010-5218852 - agtvince@gmail.com






#DurianPackages #TourismMalaysia #MalaysiaTrulyAsia #CutiCutiMalaysia#PulauPinang #Penang #Lifestyle #Travel #Jjcm #makandimana #dboystudio#Malaysiatravelblog #AisyAsyraf #Durian #DurianBalikPulau


You may also like

No comments: