Minuman Baharu Coolblog ‘Unicool’ Kini di Cawangan CoolBlog Seluruh Negara dan acara amal meraikan anak-anak yatim

0 Comments
Minuman Baharu Coolblog ‘Unicool’ Kini di Cawangan CoolBlog Seluruh Negara

Coolblog dengan bangganya mengumumkan perisa baharu minuman mereka yang diberi nama Unicool hari ini.  Dijual pada harga RM7.50 bagi saiz 700ml, Unicool didatangkan dalam 3 perisa berbeza iaitu Unicool Magical, Unicool Dazzle dan Unicool Twinkle diinspirasikan dari ceria warna pelangi, kisah dongeng, alam magis dan trend terkini fantasi Unicorn.
#Unicool #CoolblogMalaysia


Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, Coolblog Cik Win Zakaria, hadir di panggung wayang MM Cineplex, Mutiara Damansara hari ini untuk secara rasmi memperkenalkan minuman terbaharu Coolblog yang diberi nama Unicool.



Majlis perasmian itu diadakan serentak dengan sesi acara amal meraikan anak-anak yatim dan dihadiri sama oleh wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), wakil pihak Malaysia Franchise Association, wakil dari pihak pengurusan Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS), pihak pengurusan dan francaisi Coolblog.



Dinspirasikan dari warna indah pelangi, fantasi, kisah dongeng barat dan haiwan penuh magis iaitu Unicorn, minuman terbaharu Coolblog yang didatangkan dalam 3 perisa iaitu Unicool Magical, Unicool Dazzle dan Unicool Twinkle menandakan kempen kedua bagi suku tahun kedua Coolblog.

Kempen sebelum ini yang memberi fokus kepada Oreo mendapat sambutan yang begitu menggalakkan manakala kempen ‘Hari Harimau’ yang diperkenalkan pada suku tahun pertama (Januari – Mac) mencatat peratusan jualan tertinggi bagi kempen 2019.

Dengan cogankata Fantasi Jadi Realiti, mesej utama kempen Unicool ini adalah untuk menyajikan kepada pelanggan satu siri minuman perisa baharu yang menepati citarasa terkini seiring dengan trend minuman dipasaran.

Cetusan dari gabungan rasa keladi, strawberi dan manisan coral biru itu telah mula berada dipasaran seawal bulan Jun dan dijual pada harga RM7.50 bagi saiz 700ml.



Promosi Unicool secara rasminya berlangsung mulai hari ini menawarkan promosi menarik; iaitu dengan setiap pembelian minuman Coolblog berjumlah RM8 keatas di cawangan Coolblog terpilih, pelanggan layak mendapat baucer tunai Unicool bernilai RM2 bagi pembelian seterusnya.

Bagi menyemarakkan kempen minuman baharu Unicool ini juga, suasana dekorasi cawangan CoolBlog dihias indah dengan elemen fantasi, magis, pelangi dan Unicorn. Ini bertujuan mewujudkan satu pengalaman yang menyeluruh kepada pelanggan tatkala menikmati minuman Unicool oleh Coolblog.









Cabaran #UnicoolUnicornMakeUp
Sempena kempen Unicool ini, CoolBlog menganjurkan cabaran solekkan wajah yang dinamakan #UnicornMakeUp di media sosial. Untuk mengambil bahagian, pelanggan perlu membeli minuman mana-mana perisa minuman Unicool Coolblog, seterusnya, log masuk ke akaun rasmi Facebook atau Instagram CoolBlog, tonton video tutorial solekkan yang disediakan dan dengan mengambil inspirasi gaya solekkan tersebut, pelanggan harus mencipta solekkan tersendiri.

Pelanggan kemudian perlu memuat naik swafoto (selfie) mereka yang siap disolek dan ditatarias di akaun media sosial mereka dan tag CoolBlog menggunakan @coolblogmalaysia beserta hashtag - #UnicoolUnicornMakeup dan #coolblogmalaysia dalam kapsyen mereka. Cabaran #UnicoolUnicornMakeup akan bermula dari 1 Julai 2019 dan berakhir pada 31 Ogos 2019. Tiga (3) pemenang bertuah akan berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM500.00 setiap seorang.





Suria X Coolblog Jam 2019
CoolBlog juga buat kali ketiga, bekerjasama dengan Suria FM untuk kempen Unicool dengan menganjurkan acara Suria X Coolblog Jam 2019 di dua lokasi di Lembah Klang dan satu lokasi di luar Kuala Lumpur. Orang ramai akan berpeluang untuk berhibur bersama Coolblog, Suria FM, dan artis jemputan sepanjang bulan Jun sehinga Julai ini.

Sebarang hebahan dan maklumat lanjut mengenai Suria X Coolblog Jam 2019 akan disiarkan di radio Suria FM dan di laman rasmi Suria FM iaitu suria.my dan juga di laman rasmi Coolblog.



You may also like

No comments: