Domino’s Perkenalkan Manisan Saranghae-ny Stix Lancarkan Sajian Terbaru di Tayangan Perdana K-Filem

0 Comments
Peminat K-Drama pasti teruja dengan pelancaran produk terkini daripada Domino’s Pizza, Saranghae-ny Stix yang serba baharu! Sebagai sebahagian daripada kempen ‘So Spicy, So Drama’, Domino’s Pizza menganjurkan malam yang tidak dapat dilupakan dengan menjamu semua tetamu jemputannya dengan Saranghae-ny Stix, bersama Piza Ssamjeang dan Ayam Haseyo yang memang pedas. Sejajar dengan matlamat jenama untuk terus menambat hati peminat Korea, tetamu dihiburkan dengan hari pertama tayangan filem seram ‘0.0MHz’ yang mendebarkan, selepas mereka menjamu selera dengan produk lazat terkini Domino’s.





Saranghae-ny Stix Domino’s dihidangkan secara eksklusif kepada para tetamu sebelum tayangan filem. Dibakar di dalam ketuhar sehingga perang keemasan, pencuci mulut lazat ini penuh berperisa dengan titisan mentega madu dan sos karamel masin. Sajian ini pasti menambat selera dan membuatkan anda nak lagi! Manisan menyelerakan ini dilancarkan sebagai sajian sampingan kepada Piza Ssamjeang pedas yang baru-baru ini kembali masuk menu untuk memenuhi cita rasa rakyat Malaysia yang menggemari makanan pedas.



Majlis khas ini dihadiri oleh lebih seratus tetamu, termasuk pelanggan setia Domino’s yang telah memberikan sokongan padu kepada Domino’s selama ini. Oleh itu, majlis ini merupakan cara Domino’s menunjukkan penghargaan kepada mereka. Wakil media dan juga influencer media sosial turut hadir untuk memeriahkan majlis ini. Langkah memperkenalkan Saranghae-ny Stix di MBO The Starling sebelum tayangan filem Korea seram penuh drama ini mencerminkan komitmen Domino’s untuk terus membawakan pengalaman yang unik lagi menarik kepada semua.



Menurut Puan Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, “Sejajar dengan janji kami, ‘It’s All About You’, kami memberikan komitmen penuh untuk mencipta produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan dan kehendak para pelanggan kami. Justeru, kami sukacita untuk memperkenalkan Saranghae-ny Stix serba baharu sebagai sajian unik kepada pelanggan, lebih-lebih lagi ia menjadi pelengkap kepada Piza Ssamjeang dan Ayam Haseyo yang kini kembali untuk memenuhi rindu peminat. Diilhamkan oleh minat rakyat Malaysia yang gemar menjamu selera, Piza Ssamjeang terbukti sangat laris tahun lepas, dan kami teruja untuk membawakannya kembali tahun ini, bersama Saranghae-ny Stix yang lazat. Kami yakin bahawa pengguna kami, terutamanya peminat Korea pasti teruja dengan manisan terbaru ini yang merupakan gandingan sempurna kepada Piza Ssamjeang kegemaran mereka!”

Piza Ssamjeang boleh didapati dalam tiga pilihan, iaitu Piza Daging Ssamjeang, Piza Ayam Ssamjeang dan Piza Tuna Ssamjeang. Rahsia kepada produk lazat Domino’s ialah sos pedas Korea yang dicipta khas oleh Domino’s sebagai dasar bagi Ssamjeang Pizza. Sos Ssamjeang unik menampilkan adunan menarik rasa manis dan pedas yang pasti menghangatkan selera anda.



“Sebagai sebahagian daripada kempen ‘So Spicy, So Drama’, kami menganjurkan malam K-Drama untuk para pelanggan utama, peminat piza, wakil media dan influencer media sosial. Langkah menganjurkan tayangan filem ‘0.0MHz’ merupakan cara unik kami memperkenalkan Saranghae-ny Stix sambil memberikan sentuhan aksi K-Drama yang menarik. Dalam segala yang kami lakukan, kami berusaha untuk memastikan bahawa pengguna dan tetamu kami menikmati pengalaman yang sukar dilupakan bersama produk lazat dan berkualiti pada nilai hebat.”

Rebutlah peluang untuk menikmati tawaran nilai hebat dalam kempen ‘So Spicy, So Drama’, dengan promosi seperti Ssamjeang Buddy Combo yang menawarkan 1 Piza Ssamjeang saiz biasa (Regular), 1 Saranghae-ny Stix, 1 Ayam Haseyo dan 2 tin minuman ringan pada harga hanya RM39.90, iaitu dengan penjimatan RM25.60. Pelanggan juga boleh membeli Ssamjeang Super Combo, yang menawarkan 1 Piza Ssamjeang saiz biasa (Regular), 1 Piza Saiz Biasa (Regular), 1 Saranghae-ny Stix, 1 Ayam Haseyo dan 1 botol minuman ringan pada harga hanya RM54.90, dan menjimatkan RM37.60.



Untuk nilai yang lebih hebat, pesan 2 Pizza Deals dan nikmati Piza Ssamjeang dengan keju tambahan. Tawaran ini boleh dinikmati pada harga RM35.90 untuk dua Piza saiz biasa (Regular), RM56.90 untuk dua Piza saiz besar (Large) dan RM77.90 untuk dua Piza ekstra besar (Xtra Large). Di samping itu, Piza Ssamjeang saiz peribadi (Personal) boleh dipesan menerusi tawaran Super Tuesday pada setiap Selasa dari harga serendah RM3.90 untuk pesanan bawa pulang dalam talian dan RM4.90 untuk pesanan menerusi kaunter. Piza Ssamjeang juga sebahagian daripada tawaran hebat setiap hari yang bermula daripada harga serendah RM5.00 untuk setiap piza peribadi, tertakluk kepada terma dan syarat.


Saranghae-ny Stix baharu dibakar segar di dalam ketuhar dan dihidangkan panas-panas setiap hari di cawangan Domino’s Pizza di seluruh negara dan boleh didapati untuk tempoh terhad sahaja, pada harga pengenalan hanya RM7.90. Rebut tawaran mulai 17 Jun, kunjungi cawangan kami, buat pesanan dalam talian di http://www.dominos.com.my, atau menerusi telefon 1300-888-333.

Ambil kesempatan ini untuk berkongsi gambar dan video detik pedas lagi manis bersama Saranghae-ny Stix dan Piza Ssamjeang Domino’s di media sosial dan tag kami seperti berikut @dominosMY, #dominosMy, #DominosSsamjeang, #SoSpicySoDrama and #ItsAllAboutYou!

Untuk maklumat lanjut tentang Saranghae-ny Stix, Piza Ssamjeang dan juga promosi lain yang sedang dianjurkan oleh Domino’s Pizza Malaysia, sila kunjungi  http://www.dominos.com.my/.




You may also like

No comments: