WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE – WISH 999 STIK PERCUMA

0 Comments
WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE – WISH 999 STIK PERCUMA
SEBANYAK 999 stik bernilai hampir RM50,000 diberi percuma kepada pelanggan di Wadihana Islamic Steakhouse (WISH) pada 5 dan 6 Julai 2019 di Damansara Aliff, Johor Bahru.





Tawaran istimewa ini bersempena kempen Giveaway Half Ribs yang terbuka kepada semua pelanggan yang berbelanja  sekurang-kurangnya RM60 dalam satu resit dan hanya untuk makan di restoran sahaja. Malah bagi mereka yang kali pertama mendaftar sebagai penggemar WISH, mereka akan diberi satu scoop aiskrim. Sangat berbaloi!







Pemilik Wadihana Islamic Steakhouse, June Talib menjangkakan sambutan luar biasa terhadap kempen ini dan untuk memudahkan pelanggan, WISH mengalu-alukan tempahan awal dengan menghubungi nombor 013-7333280 atau mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut, boleh layari layari www.wadihanaislamicsteakhouse.com

“Ini sebahagian daripada kempen TERIMA KASIH kami kepada pelanggan yang setia menyokong kami sejak dibuka Februari lalu,” kata June. Stik yang ditawarkan dalam kempen ini ialah Honey Pepper Ribs bernilai RM49.90 setiap hidangan.






TENTANG WADIHANA
Sebelum Wadihana Islamic Steakhouse mencapai kejayaan peniagaannya ini, banyak pahit maung yang dilalui. Jatuh bangun di dalam bisnes adalah lumrah dan bagi yang cekal serta percaya 9 daripada 10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan, semua itu harus dihadapi dengan redha.
Sama juga yang dilalui usahawan pemilik Wadihana Islamic Steakhouse, June Talib yang sering memberi peluang kepada diri sendiri untuk bangkit membina kehidupan yang lebih baik.
Menurut ibu kepada 4 anak ini, bukan sekali bisnesnya ranap tetapi itu bukanlah bermakna beliau harus angkat bendera putih.







“Saya dan suami hampir berputus asa sehinggalah kami ingin memberi peluang sekali lagi untuk membina bisnes baru di dalam dunia makanan (F&B) selepas beberapa kali gagal dalam bidang lain sebelum ini," kata June yang juga Pengarah Perniagaan Wadihana Steak House Sdn Bhd.
Bagaimanapun kata June, inspirasi utama Wadihana Islamic Steakhouse adalah anaknya yang berusia 13 tahun, seorang pelajar tahfiz di Johor. Anak ketiganya itu sangat berminat di dalam dunia kulinari, lalu bisnes ini dibina untuknya.
“Setiap anak, saya sudah ada perancangan termasuk anak ketiga ini. Dia agak perlahan di dalam akademik tetapi sangat berminat dengan dunia masakan, jadi saya dan suami sepakat menjadikan Wadihana sebagai pemangkinnya.




“Yang kedua, kami mahu lakukan pembaharuan kepada Wadihana terutama bagi pasaran Johor Bahru yang belum ada restoran ‘steak house’ yang mampu makan, ada sentuhan kelas antarabangsa dan suasana yang tenang dialun mainan piano. Kecualilah kalau pergi hotel,” katanya.
Lokasi Wadihana Islamic Steakhouse yang terletak di Damansara Aliff agak ‘terselindung’ daripada pengetahuan dan lokasi itu masih baru dalam kalangan penghuni kota Johor Bahru.

Bagaimanapun menurut wanita cekal ini, kuasa pemasaran online telah berjaya menarik perhatian penduduk sekitar malah dari Singapura untuk merasa citarasa antarabangsa Wadihana.
“Dulu orang kata, lokasi amat penting untuk buat bisnes tetapi Wadihana walaupun berada di tempat baru, berjaya membuktikan boleh menarik orang dan menjadikan ia semakin dikenali hanya menggunakan pemasaran online.

“Sekarang dunia online, dunia tanpa sempadan untuk membolehkan kami memberitahu orang ramai tentang apa yang kami lakukan,” katanya yang juga anak didik Pakar Pemasaran Online, Najib Asaddok.





Menceritakan keistimewaan hidangan Wadihana, June berkata, gravy atau kuah stik dihasilkan dengan ramuan sendiri berbanding steak house lain yang menggunakan serbuk atau tepung dari Thailand. Bukan hanya untuk memastikan kuah yang sedap, bagi June, beliau sangat mementingkan kesucian makanan tersebut dan halal.

“Kami merebus tulang lembu lebih 8 jam untuk mendapatkan jus bagi membuat kuahnya. Saya tidak menggunakan serbuk seperti yang diimport oleh restoran lain kerana khuatir dari segi kehalalannya.
“Alhamdulillah, maklum balas daripada pelanggan semakin memberangsangkan dengan jualan untuk bulan pertama kami sebanyak RM170,000 dan meningkat kepada RM240,000 pada bulan kedua,” katanya yang baru memulakan operasi pada Februari lalu.

June berkata, beliau memperuntukkan kira-kira RM1.5 juta untuk ubahsuai restoran, membeli peralatan dapur mengikut piawaian hotel 5 bintang yang sesuai dengan standard stik antarabangsa serta membina tempat membakar piza (firewood pizza).

Selain itu, Wadihana juga menyediakan ruang di tingkat atas bagi pelanggan yang ingin mengadakan majlis atau mesyuarat yang boleh memuatkan sehingga 120 kapasiti dalam satu-satu masa.
Bercerita pengalaman hitam ketika ditipu oleh sebuah syarikat hingga beliau dikecam oleh para pelanggan dan pembekal, June berkata, detik-detik itu membuatnya serik untuk berniaga.
“Saya bagus dalam closing sale dan untuk sebuah perniagaan sebelum ini, saya banyak membawa duit jualan untuk syarikat tetapi tidak lama kemudian, syarikat itu tutup.
“Pembekal dan pelanggan mula mencari saya, menuntut bayaran dan sebagainya tetapi itu bukan salah saya. Malah saya sendiri ditipu kerana semua wang jualan sudah dipindahkan ke akaun syarikat tersebut.

“Hampir 2 tahun saya memencilkan diri, mengasingkan daripada orang luar kerana takut berdepan dengan orang ramai. Saya menerima mesej ugutan dan cercaan daripada sebahagian mereka.
“Mereka juga membuat laporan polis dan saya juga harus berbuat demikian untuk mempertahankan diri kerana bukti-bukti pemindahan wang memang jelas,” katanya.
Bagaimanapun semangat yang ditiup oleh suami membuatkan June kembali membuka mata terhadap kehidupan dan keluarga mereka.

“Life must go on dan saya harus berani berdepan dengan segala kemungkinan. Buat apa takut kalau kita tidak bersalah?
“Sekarang saya sudah bersedia dari aspek fizikal dan mental untuk menghadapi sebuah perniagaan,” katanya.

MAKLUMAT PERNIAGAAN:
WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE –WISH
36-38 Jalan Aliff 3, Damansara Aliff
81200 Johor Bahru, JDT
Tel: 07-2442422
FB: https://www.facebook.com/WISHDamansaraAliffJB/
IG: https://www.instagram.com/wadihana_islamic_steak_house/?hl=en




You may also like

No comments: