Naughty Italian di Mainroad Jalan Ampang Hidangan Citarasa Itali Yang Lazat

0 Comments
Kali ini ingin kami kongsikan kepada anda tempat makan menarik di Kuala Lumpur yang boleh anda nikmati makanan terbaik. Jom kita menjamu selera dengan masakan Itali yang sedap bersama dengan hidangan pasta, spaghetti, lasagna dan nachos di Naughty Italian di Mainroad Jalan Ampang.




Antara hidangan terbaik di seluruh MainRoad Jalan Ampang ini. Peminat masakan Itali pasti kena terjah ke Naughty Italian. Naughty Italian di Mainroad Jalan Ampang telah mula beroperasi pada 1 April 2019 seperti sebuah food court ala-ala hipster yang besar dan luas. Terdapat lebih 10 vendor menarik juga di kawasan ini.





Naughty Italian di Mainroad Jalan Ampang bertemakan masakan Italian. Naughty Italian sudah mempunyai ramai ‘regular customer’ dari kalangan penduduk tempatan dan antarabangsa. Memang tak hairanlah mereka amat mementingkan rasa dan ‘presentation’ yang di hidangkan. Kami nak kongsikan menu-menu menarik yang sempat kami cuba.





Menu:
Wild Mushroom Bruschetta     \  Harga: RM14.50

Sesuai dgn slogan mereka iaitu “Eat with your eyes, taste with your tongue”.  Perkataan ‘wow’ adalah perkara biasa bila pelanggan mula mendapat makanan yg mereka pesan. Limpahan cendawan bersama roti pasti menarik citarasa anda.


Menu:
Fungi Almond- Basil Pesto Pasta      \   Harga: RM19.50

Pesto sauce menggunakan resepi istimewa dan rahsia sendiri bagi membezakan dengan kedai-kedai yang lain. Naughty Italian menggunakan Penggunaan bahan adalah dari yang bermutu dan dijamin kualiti. Ini supaya pelanggan merasai pengalaman seperti makan di hotel dan restoran besar.

 

Menu:
Virgin Lamb Brasato     \    Harga: RM24.50

Bagi Lamb Brasato,kambing di masak selama 5 jam untuk memastikan kelembutan rasa danging. Memang anda akan rasa hidangan yang cukup mewah dan sedap.


Menu:
Arabiatta Meatballs Pasta  \     Harga: RM19.50

Apa yang menarik Naughty Italian menggunakan meatball buatan mereka sendiri yang cukup segar dan lembut.


Menu:
Naughty Carbonara     \   Harga: RM19.50

Balsamic vinegar reduction and parsley oil di gunakan bagi hiasan.  Naughty Italian menggunakan local tiger prawn dan New Zealand mussels bagi seafood sicilian aglio olio yang segar dan handmade.



Menu:
Shroom & Beef Lasagne \ Harga: RM19.50

Pilihan menarik lasagna di sini yang lembut dan penuh dengan isi daging.



Menu:
Mac & Blue Cheese     \   Harga: RM16.50

Penggunaan cheese dan mac pula menggunakan blue cheese bukan cheese yang biasa bagi membezakan dengan kedai yang lain dan agak mahal. Pasti berbaloi jika anda menikmatinya.



Menu:
Italian Nachos   \   Harga:  RM14.50

Jika bersantai dan datang secara berkumpulan anda pasti inginkan nachos yang sedap dan menarik ini.

Kualiti bahan yang baik, harga yang ada lebih rendah dari yang sepatutnya. Naughty Italian ingin memberi peluang kepada ramai orang untuk merasai makanan Italy yang dimasak secara professional.  Naughty Italian menyediakan makanan untuk jumlah pelanggan yang besar, samada untuk sambutan hari jadi dan sebagainya.

Waktu operasi: 5.00pm - 3.00am (buka setiap hari)
Special promo: 15% diskaun setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 5.00pm - 7.00pm
Buskers: Setiap Rabu hingga Ahad
Big screen bagi peminat bola sepak.

Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang
Alamat : Mainroad Jalan Ampang , 50450 Ampang, Kuala Lumpur
Waze : Mainroad Jalan Ampang

Untuk info terkini layari :
Facebook : https://www.facebook.com/italinakal/
Instagram : https://www.instagram.com/my_naughtyitalian/
No telefon : whatsapp.com/60126519451

#NaughtyItalian #MainroadJalanAmpang #Italiano #MakanDimana#makanansedap #Jjcm #Dboystudio #Dboystudiomy #Malaysiatravelblog



You may also like

No comments: