Lata Kolam AirDeru Ecopark, Besut Terengganu

0 Comments
Kami ingin kongsikan kepada anda lokasi mandi-manda di Terengganu. Jom kita terjah dan menikmati Air terjun yang sejuk dan segar di Lata Kolam AirDeru Ecopark, Besut Terengganu.
Lata Kolam AirDeru Ecopark



Ini adalah kali kedua kunjungan kami kesini dan kali ini kami memilih untuk tidur di khemah atau clamping di tapak campsite. Anda juga boleh memilih tidur di dorm atau tube lodge mengikut budget anda.


Lata Kolam Air Deru Ecopark terdapat 3 Pengkalan iaitu Pengkalan Suri, Pengkalan Dua dan Pengkalan Raja atau lebih dikenali sebagai Lata Kolam.





Penginapan kami adalah di Pengkalan Suri yang berdekatan dengan Pejabat Urusan, Penginapan, Surau, Tapak Campsite, Cafe, Dewan Pak Long dan tandas.


Tapak campsite ini boleh memuatkan 300 peserta dalam satu masa dan mempunyai tapak hammock dan target archery.



Kawasan ini berdekatan dengan sungai jadi senang untuk kami mandi manda dan kawasannya berpasir halus dan sedikit cetek. Sesuai untuk beriadah dan bersantai bersama kanak-kanak.






Antara fasiliti seperti papan pandu arah, parkir tandas awam dan cafe turut ada si kawasan pintu masuk.






Pelbagai aktiviti menarik boleh anda lakukan di sini seperti Atv Adventure, mountain bike, jungle trekking, combat archery,abseiling dan water confident.






Pengkalan Raja @ Lata Kolam adalah tempat mandi yang menarik dan sejuk dengan air terjun yang deras. Kali ini air di lata Kolam sedikit kurang jernih akibat hujan lebat jika tidak lebih hijau seperti emerald pool. Anda harus memakai live jaket di kawasan ini kerana arus yang agak kuat.







Setiap pengkalan ada tarikan dan keunikannya tersendiri untuk anda merasai kesegaran bermandi manda. Pastikan kebersihan harus di jaga ketika anda masuk ke kawasan ini.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web dan laman sosial media mereka di :
No tel untuk di hubungi:
019-693 1662 Diana
017-390 3649 Zaini
013-917 8633 Syahrin

#LataKolamAirDeruEcopark #LataKolam #Kolejbestari #vm2020 #visittrulyasiamalaysia #visitmalaysia2020 #beautifulterengganu #setiuwetlandsfestival2019 #tourismmalaysia #tourismmalaysiawilayahtimur #motacterengganu #Dboystudio #Malaysiatravelblog #Travel #Travelblogger



You may also like

No comments: