Pelancaran Kempen Ramadan Al Khair 8.0 dan OderFood Syria Care.

0 Comments
Majlis Pelancaran Kempen Ramadan Al Khair 8.0 dan OderFood Syria Care.

Syria Care memberi tumpuan khusus bagi pengagihan makanan untuk berbuka puasa kepada pelarian Syria di Syria sepanjang Ramadan melalui program Food4Syria.







Sebagai langkah penambahbaikan, kami memperkenalkan satu inisiatif yang mengikut trend semasa dengan menggunakan konsep pesanan makanan seperti Food Panda, Grab Food dan yang sepertinya.





Bagi tujuan itu, OderFood diperkenalkan. Konsepnya sangat mudah dan senang. Orang ramai boleh membuat tempahan makanan secara atas talian. Bagi Ramadan tahun ini, tempahannya bermula pada 19 Februari 2020 dan proses penghantaran dan agihan makanan kepada pelarian Syria akan dilaksanakan sepanjang bulan puasa nanti.





Buat permulaan dua pakej diperkenalkan, iaitu pakej makanan siap masak berharga RM15 dan satu lagi pek bekalan makanan untuk sebulan dengan harga RM150.





Sejak OderFood dilancarkan pada 20 November 2019, sebanyak 4450 unit pek telah dihantar. Dari jumlah itu 18,750 orang telah mendapat manfaat.







“Bagi Ramadan tahun ini, tempahannya bermula pada 19 Februari 2020 dan proses penghantaran dan agihan makanan kepada pelarian Syria akan dilaksanakan sepanjang bulan puasa nanti”, kata Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Baki.





Majlis dirasmikan Yang DiPertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) yang juga isteri kepada Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Mohamad.







Bagi KRAK 8.0 Syria Care menyasarkan kutipan sebanyak RM7.5 juta dan dijangka lebih sejuta pelarian Syria mendapat manfaat sepanjang bulan berkenaan.









Anda boleh menempah pesanan sekarang melalui pautan www.syriacare.org.my/oderfood 

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web dan sosial media mereka.

Website : www.syriacare.org.my
Facebook : https://www.facebook.com/SyriaCareMalaysia/



You may also like

No comments: