RUMAH MAKAN SRI MUALLIM , TANJUNG MALIM, PERAK

33 Comments
Pengembaraan kami ke negeri Perak #traveloguemalaysia bersama @borakkita_official menjelajah selatan Perak selama 6hari. 

Setelah beberapa hari kami di Ipoh Perak kami mengorak langkah menuju ke Tanjung Malim pula dan kami berterima kasih kepada yang menaja perjalanan kami dari Kuala Lumpur.
@Canon Marketing Malaysia
@Wangi World Malaysia


Destinasi seterusnya adalah Rumah Makan Sri Muallim yang telah dibuka 8 bulan yang lepas  di simpang empat UPSI, Tanjung Malim, Perak. Istimewanya anda dapat duduk bersila sambil makan di rumah lama tradisional yang berusia lebih 100 tahun. 

Rumah Makan Sri Muallim menyediakan makanan berkonsepkan makanan kampung tradisional. Even dekorasi dalam rumah makan ni juga berkonsep Tradisional yang dapat memberikan pengalaman baru kepada pengunjung yang datang.





Berkat kesungguhan, usaha bersama dan sokongan keluarga membuahkan hasil berjaya menjadikan rumah lama Banggunan Sri Perak berubah wajah menjadi Rumah Makan Sri Muallim.






 



Susunan hidangan di bahagian luar yang teratur, menarik dan pelbagai pilihan. Ruang dalam rumah tradisional sesuai kepada pengunjung yang mempunyai keluarga serta kanak-kanak.







Nasi Tampi , Asam pedas daging kambing, Gulai daging salai, Ikan keli salai, Kari kepala ikan menjadi pilihan ramai pengunjung. Setiap set disertakan sayur rebus, ulam-ulaman, sambal belacan dan tempe goreng.



 






Pelbagai kuih-muih, pencuci mulut sepertia ubi kayu rebus bersama kelapa parut dan tapai menjadi peminat pengunjung ke sini.

Minuman air tapai dan air serai yang dicipta khas bukan sahaja sedap tapi berkhasiat untuk kesihatan untuk pengunjung mencubanya.





Ruang rehat dan bersantai yang terdapat dia dalam rumah tradisional ini.






Tidak mustahil bahawa ada juga pengunjung yang ke sini dari Kuala lumpur menaiki Ets @ktmberhad ke sini semata-mata untuk menjamu selera.







Sebahagian gambar dan video dari blogger zharif dan Instagram beliau.

Bagi mereka yang rindukan suasana kampung harus kesini untuk merasai suasana kampung bersama keluarga dan kawan-kawan.

Berhampiran Upsi (hadapan Pau Yik Mun)
35909 Tanjung Malim

WAZE : Rumah Makan Sri Muallim

TEL :
012-582 8087 (En. Rizal)
011-3291 9581 (Pn. Rozana)

Dibuka setiap hari (10 AM - 5 PM)
(Akan ditutup sekiranya ada tempahan catering 1000pax keatas)

Lokasi






You may also like

33 comments:

Zharif Azis said...

Suka konsep rumah makan nie. Sangat unik dan klasik. Lauk pauk yg pelbagai pasti memikat hati si pengunjung yg datang bertandang. Nk repeat lagi lh !

budakbandunglaici said...

Cantik rumah tradisional perak. Amboi sedapnya makan style bersila

ALONG MURNI said...

Wowww!!! Memang win konsep yg cuba diketengahkan.. sesuai utk bawa ahli keluarga makan.. sambil makan, anak2 boleh bermain atau menonton.. memang unik la!!

dboystudio said...

mest2 kita repeat balik makan ramai2..

dboystudio said...

wakakakakakaka siapa makan banyak sila angkat tangan

dboystudio said...

wakakakakakaka siapa makan banyak sila angkat tangan

dboystudio said...

siapa makan ikan sepat 2ekor sila bagi tahu nak claim thehehehe memang unik kan2.

Syafiera Yamin said...

best nampak menarik rumah, tengok makanan sedap gila ! ;) labu dia nampak fresh juga !

Hasif Hamsyari said...

Pernah terbaca pasal lokasi ni sebelum ni. Teringin sangat rasanya nak experience sendiri suasana dia dan yang penting masakan dia!

Jia Shin Lee said...

The food looks so mouthwatering, I want a bite please hehehe

rubydotmy said...

Sedapya masakan kampung tu. Kecur air lior. Hahaha.

Ruby said...

Sedapya masakan kampung tu. Kecur air lior. Hahaha.

Mohamed Khaidir Mohamed Zaraai said...

Saya orangnya kalau bercuti, kurang gemar duduk homestay. Tapi kalau nak datang makan sahaja, dengan makanan kampung yang sangat sedap, dengan suasana rumah kayu tradisional yang antik, saya on. Memang Insta-worthy. Dan makanannya memang meliurkan air liur. Bosanlah asyik post kat Insta makan brunch, belanja avocado toast sampai berpuluh-puluh ringgit. Apa kata tukar angin. Kita viralkan lifestyle makan makanan Melayu, dengan suasana authentic desa.

Shasratul Kamaruddin said...

InsyaAllah nak pergi sangat. Ni kali ke 3 jumpa artikel pasal rumah makan ni.

Sang aura said...

2sedapnye..rumah kampung cemni.. rasa mcm tamau balik dah.Lebih lebih lagi makanan cemni..

dboystudio said...

semua sedap saya suka itik

dboystudio said...

yang nie abam kena wajib pergi sure menarik

dboystudio said...

ada kambeng tau sedap

dboystudio said...

semua ada dan sedap2

dboystudio said...

yup memang mcm nie la kita nak.. boleh bawa kawan sekali tak pun tourist memang best

dboystudio said...

tu la kena la try memang best masakan dan rumah tu

dboystudio said...

tu la kena la try memang best masakan dan rumah tu

dboystudio said...

kena jugak balik rasa nak tapau banyak2..

Hanny Abdullah said...

Pernah dgr pasal tmpt makan ni..katanya sedap2 makanan dia. Harap2 satu hari nanti dpt ke sana dn merasa makanan diorg ni

Lia Hasty said...

Tak boleh tahan lah tengok masakan kampung, ada ulaman dengan sambal belacan. Dah lah favorite kut. Thanks share tempat menarik ni. Kalau tempat makan mesti akan singgah.

Maisarah Humaira said...

kemasnya susun atur dalam rumah makan tu. makanan pun sedap2 belaka. fuhhhhh..

www.maisarahsidi.com

iffah hussin said...

makanan semua tu memang nampak sedap sekali.... belum habis lagi ni explore negeri Perak. sebab tak sapai lagi Rumah Muallim ni...

Cerita Huda said...

Wow, menariknya makan bersila dan makan makanan kampung, satu hari nt nk try la makan di sini

fleurmj said...

Pandai depa manfaatkan rumah tu. Dah jadi tarikan pelancong pun. Orang dari bandar suka suasana macam ni, ala tradisional

Jana Hazana said...

memang unik. kreatif owner dia. selalunya rumah 100 tahun akan terbiar je, ni dia buat jadi pusat tarikan pula.

yanmie said...

wahhh sukanya konsep makan macam ni, kita kat rumah pun belum tentu makan kat lantai kan hehee, sesekali makan macam ni ramai2 syok juga, btw tq share, next time kot lalu sini boleh singgah makan, ikan bakar tu macam sedap je :)

yanmieonline.com

tenku butang said...

Rumah Makan? uniknya nama dia kan.. Tapi melihatkan hidangan kampung tu buat TB terliur dan rasa nak terbang ke rumah ni je.. huhu

dboystudio said...

Memang sedap kalau singgah sila la cuba :)