8 Tempat menarik di ALOR SETAR, KEDAH yang harus anda lawati.

3 Comments
Travelogue Malaysia Kedah baru-baru ini membuatkan ramai tertanya-tanya apakah uniknya negeri sebelah utara ini. Memang tak cukup masa untuk mengelilingi pekan Alor Setar yang telah lama terasa untuk di terokai. Kali ini kami kongsikan kepada anda apa yang menarik dan untuk anda rasai sendiri keindahan, budaya, maknan dan senibinanya.

Balai Besar.
Balai Besar yang terletak di bandaraya Alor Setar, Kedah merupakan sebuah balai besar yang dibina oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II (1710 – 1778) pada tahun 1735 dan berfungsi untuk mengendalikan upacara rasmi raja-raja dan kerajaan. Balai Besar Kedah dibina dengan gabungan keindahan senibina dan mempamerkan kehalusan kerja-kerja seni pertukangan yang mengkagumkan.






Balai Besar Kedah dibina menggunakan kayu cengal emas dan ia merupakan bukti kehalusan dan kesenian pertukangan kayu Melayu.

Ukiran berwarna keemasan dan cermin dari Cina pada bumbungnya dan mempunyai sejumlah 42 tiang utama yang diperbuat daripada kayu keras yang masih kukuh sehingga hari ini. Balai ini dibina dengan menggunakan bahan kayu untuk tiang, atap dan lantai.




Dua orang Sultan Kedah yang pernah ditabalkan secara rasmi di Balai Besar ini ialah Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, Sultan Kedah ke-22 (1804-1845) pada tahun 1805 dan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sultan Kedah ke-27 (1958-2017) pada 20 Februari 1959.

Kedudukan Balai Besar di tengah-tengah bandaraya Alor Setar dianggap sangat strategik kerana ia dikelilingi oleh banyak bangunan dan monumen bersejarah yang lain seperti Muzium Diraja Kedah, Galeri Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Balai Nobat, Balai Seni Negeri dan juga Masjid Zahir.



Bagi menjaga dan membaik pulih Balai besar ini ia di tutup sementara tetapi pelawat boleh mengambil gambar dari luar dan melawat Muzium Diraja Kedah cuma di belakang kawasan ini sahaja.


Muzium Diraja Kedah.
Pintu gerbang menuju ke Muzium Diraja Kedah ini adalah bahagian asal yang di baik pulih dan anda pasti terkejut bila melihat gambar-gambar lama di dalam muzium ini.





 



Muzium Diraja adalah sebuah bangunan istana lama yang pernah di diami oleh beberapa orang Sultan Kedah. Pelbagai nama diberikan seperti Istana Kota Setar, Istana Mak Wan Besar, Istana Pelamin atau Rumah Pelamin. 

Istana Ini siap dibina pada tahun 1735 ketika pembukaan Alor Setar sebagai pusat pentadbiran Negeri Kedah yang ke-8 oleh Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II (1710-1778).


Ketika Perang Dunia Kedua, tentera Jepun pernah menduduki istana dan kemudiannya turut dijadikan ibu pejabat beberapa pertubuhan sebelum dibiar tanpa pemerhatian. 

Pada tahun 1983, istana ini dibaikpulih dan dijadikan Muzium Diraja sempena dengan perayaan menyambut Jubli Perak pemerintahan KDYMM Tunku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan dirasmikan oleh baginda pada 25 julai 1983.
 
Kandungan pameran di sini antara lain mengetengahkkan koleksi KDYMM Tunku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah serta koleksi yang diperoleh daripada kerabat Diraja Negeri Kedah.

Info : http://kedahmuseum.gov.my/

 







Memang leka melihat pelbagai jenis bahan-bahan sejarah negeri Kedah dan peluang ini memang jarang untuk kita terokai.


Meriam-meriam antik dari zaman perang dahulu dan senjata yang di gunakan semasa perang turut dia pamerkan.

Bayaran Masuk Percuma
Waktu Lawatan
Dibuka setiap hari 9.00 pagi hingga 5.00 petang
(kecuali jumaat tutup sementara 12.30 t/hari hingga 2.30 petang)

Alamat
Muzium Diraja, Medan Bandar,
Jalan Raja, 05100 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel : 04-732 7937
Faks : 04-730 5182




Pintu Gerbang Kota.
Pintu gerbang kota ini dibina kembali buat tatapan generasi akan datang.



Balai Nobat.
Pada zaman Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah ke-26 (1882-1943), bangunan baharu diperbuat daripada batu dan logam. Rekabentuknya sama seperti binaan kayu sebelumnya. 

Ia mempunyai tiga tingkat dan kubah yang terletak di kemuncaknya mencerminkan unsur keislaman seperti pada binaan masjid. Bangunan baru ini siap dibina pada tahun 1906.


Pada hari ini, Balai Nobat Kedah dijadikan tempat menyimpan alat-alat muzik Nobat DiRaja yang hanya dimainkan pada upacara-upacara DiRaja seperti hari pertabalan, perkahwinan dan persemadian DiRaja.

Alat muzik Nobat terdiri daripada tiga rebana besar, dua rebana kecil, satu gong dan satu serunai ini mampu menghasilkan satu gabungan bunyi yang mengasyikkan yang dikenali sebagai muzik nobat, satu bentuk lagu kebudayaan negeri Kedah.


Balai Seni Negeri.
Bangunan ini pada asalnya dibina khas untuk Mahkamah Besar pada tahun 1912 dan dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Bangunan ini merupakan bangunan kerajaan moden terawal dibina di bandar Alor Setar. 

 

Ketua pembinaannya ialah Muhammad bin Lebai Thambi, arkitek dari Jabatan Kerja Raya Negeri. Pembinaannya bermula pada 21 Januari 1893. 

Sempena perayaan menyambut Perayaan Jubli Perak pemerintahan KDYMM Tunku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (1985-1983), bangunan ini dijadikan Balai Seni Negeri yang dirasmikan oleh baginda pada 25 Julai 1983 dan dibuka kepada orang ramai untuk dilawati.

Balai Seni Negeri menghimpunkan koleksi-koleksi hasil seni khasnya anak tempatan Kedah iaitu golongan pelukis veteren dan pelukis muda yang diantaranya telah berjaya mencipta nama hingga ke peringkat antarabangsa.

Selain Seni Lukis, Seni Ukiran Kayu dan Seni Khat juga turut dipamerkan.


 





Kami berpeluang melihat Le Tour de Langkawi yang melalui Dataran Alor setar. Melihat sokongan dari orang awam membuktikan sukan ini memang menarik pelancong dan pelumba-pelumba dunia.

 





Masjid Zahir.
Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah. 

Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja.

Masjid Zahir merupakan mercu tanda yang terkenal di Alor Setar, dengan ciri kubah hitam - satu kubah utama dan lima kubah lebih kecil, yang melambangkan lima rukun Islam. 

Salah sebuah mercu tanda berseni bina di Kedah, Masjid Zahir tersergam indah sebagai bangunan contoh dengan seni bina Melayu-Islam. Dibina dalam tahun 1912, ia merupakan salah sebuah masjid tertua di negara ini.

https://www.facebook.com/masjidzahirkedah/

 



Balai Seni Negari.

Balai Seni Negeri Kedah terletak di tengah-tengah Medan Budaya, Alor Setar, Kedah, Malaysia. Senibina bangunan Balai Seni negeri Kedah ini banyak dipengaruhi oleh senibina Roman sama dengan bangunan yang terdapat di "Temple of Fortune Rivals".

Balai Seni negeri Kedah dibina pada tahun 1912 dan telah digunakan sebagai Mahkamah Tinggi sebelum ditukar menjadi pejabat kepada beberapa jabatan kerajaan negeri.

Pada 25 Julai 1983, bangunan ini telah diisytiharkan sebagai Balai Seni Negeri Kedah Darul Aman oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.

 



Pemandangan Menara Alor Star dapat di lihat dari sini.


Dataran Medan Bandar baru je dibuka atau nama lokasi Dataran Masjid Zahid.

Menara Alor Setar.
Menara Alor Setar yang terletak di Alor Setar ini merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Kedah. 

Menara Alor Setar merupakan salah satu mercu tanda yang terkenal di Alor Setar, yang tersergam di kaki langit bandar setinggi 165.5 meter. Menara perhubungan ini merupakan yang ke-19 tertinggi di dunia, dan bangunan tertinggi di Alor Setar.


 
Pemandangan di seluruh Alor Setar dapat dilihat di atas menara ini.

 


















Suasana Malam di Masjid Zahir dan Istana Anak Bukit yang memang menarik pada waktu malam.

 


Beberapa lagi tempat yang menarik seperti Dataran Tanjung Chali yang boleh anda berehat santai menikmati pandangan sungai dan boat-boat pemancing.

 



Anda jangan ketinggalan bergambar di Mural tokoh-tokoh negara Malaysia yang ada di Alor Setar.

 

 

 

 

Sempat kami membasahkan tekak sambil menikmati sengkuang calit dan buah kelapa. Mestilah kena cuba makanan negeri Kedah dan makanan jalanan mereka.

 

 

 

 



Rancang semua perjalanan anda ke utara dan pastikan anda bergambar-gambar di setiap lokasi menarik nanti. Travelogue Kedah selama 3H3M kerjasama Tourism Kedah dan Jerai Geo Park.

Ucapan terima kasih tak terhingga buat En. Zam yang menemani kami dari hari pertama sehingga hari ketiga kami berada di sana.



You may also like

3 comments:

Zharif Azis said...

bestnya dapat peluang meneroka ibu kota negeri Kedah. Banyak tempat2 menarik berhampiran antara satu sama lain. Sangat strategik !

dboystudio said...

yup! memang menarik tak sabar untuk meneroka lagi keindahan negara kita sendiri. jom bercuti!

Solehah said...

Tak pernah tahu Alor Setar begitu menarik. Selalu fikir its a small town nothing much.. Thanks for sharing..Bolehla plan next trip