Batas Ubi Deer Farm, Yan Kedah menikmati grill daging rusa yang enak

1 Comments
Batas Ubi Deer Farm, Yan Kedah 
menikmati grill Daging Rusa yang enak.

Kami menuju ke Batas Ubi Deer Farm yang terletak di Yan Kedah. Apa yang menariknya di sini terdapat ladang ternakan rusa . Pengunjung dapat berinteraksi sendiri dengan rusa-rusa. Anda boleh bermain dan memberi makan kepada rusa-rusa yang jinak.












Pengunjung juga boleh mendapatkan daging rusa serta menjamu selera di sini dengan hidangan daging rusa. Rusa-rusa ini boleh di didapati dengan segar kerana mereka menyembelihnya sendiri dan bersih.



Set untuk 4 orang  berharga RM 140 sahaja. 
Antara menu dan harga di restoran ini adalah :









hidangan ini telah di perap terlebih dahulu untuk mendapatkan rasa yang sedap lagi. Menikmati hidangan bersama roti dan sup cendawan menjadikan ia lebih menarik lagi.








SET FOR 4 : RM 140

Menu DIY GRILL : 
Minuman 
- Tea Pudina
- Soda Herbs 
Daging tuk DIY Grill
- Ayam
- Rusa
- Daging kambing
- RivEye Beef 
- Nasi Arab
- Kerepek ubi pedas (sedap ranggup) 
- Sup : Garlic bread & mushroom soup
- Ais krim



Pastikan anda menghubungi dahulu sebelum datang dan tempah pesanan anda untuk tidak melepas peluang merasai sendiri hidangan menarik ini.

BATAS UBI DEER FARM
Lot 2679, Kg Batas Ubi, Teroi, 06900 Yan, Kedah.

Waktu operasi :
Setiap hari Jumaat dan Sabtu
Sesi 1 : 5.00 petang - 7.00 petang
Sesi 2 : 8.00 malam - 10.00 malam

Tempahan selewatnya sebelum hari RABU setiap minggu
Minimum 4 orang setiap tempahan

Tempahan berkumpulan : 
Dibuka setiap hari untuk 32 orang ke atas. Sekurang-kurangnya tempahan dibuat 2 hari sebelum hari kejadian.
TEL : 012-431 3635


Rancang semua perjalanan anda ke utara dan pastikan anda bergambar-gambar di setiap lokasi menarik nanti.

Travelogue Kedah selama 3H3M bersama borakkita.com dengan kerjasama Tourism Kedah dan Jerai Geo Park.

Ucapan terima kasih tak terhingga buat En. Zam  yang menemani kami dari hari pertama sehingga hari ketiga kami berada di sana.

Terima kasih buat para penaja trip kali ini, Canon Malaysia dan 888TeaCoffee.


You may also like

1 comment:

nadge said...

Menarik... Terima kasih kongsinya. Nadge Ariffin-