Percutian Cruise superstar Gemini dari Boustead Cruise Centre, Perlabuhan Klang Selangor.

1 Comments
Kali ini kami ingin kongsikan kepada anda pengalaman menaiki Cruise superstar Gemini dari Boustead Cruise Centre, Perlabuhan Klang Selangor. Terima kasih pihak Tourism Selangor dan Genting Cruise bagi percutian menarik Penang dan Phuket,Thailand. SuperStar Gemini, sebuah kapal pelayaran popular yang kembali ke Malaysia untuk berpengkalan pertama kali di Pelabuhan Klang bermula dari 5 November 2018 hingga 28 April 2019. 





Boustead Cruise Centre Pelabuhan Klang yang terletak di Selangor menjadi lokasi strategik pelayaran kali ini. Selangor yang mempunya hub pengangkutan awam yang terbaik dan tarikan pelancong bertambah dari dalam dan luar negara. Lokasi menarik seperti Royal Klang Heritage walk. Terdapat juga travel Agent yang menyediakan pengangkutan untuk boustead Cruise Centre ini dari Kuala Lumpur.




Ketibaan kami dinantikan dan tidak sabar untuk menuju ke Cruise Superstar Gemini adalah milik Star cruises di bawah Genting Cruise lines. Bagi menyambut ketibaan kapal pelayaran SuperStar Gemini ke Pelabuhan Klang, sebuah majlis sambutan Superstar Gemini welcome ceromony telah diadakan di atas kapal SuperStar Gemini bersama tetamu-tetamu jemputan bagi mempamerkan pelbagai kemudahan-kemudahan yang menarik dan percutian pelayaran yang mudah dan menyeronokkan bersama Star Cruises. 
Turut hadir, Yang Berbahagia Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia sebagai Tetamu Kehormat, wakil-wakil agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, rakan-rakan korporat dan media.





Boustead Cruise Centre ini diibaratkan sebagai airport anda dikehendaki check in, scan barangan beg anda dan semuanya diuruskan oleh staf-staf yang peramah disana. Pastikan anda membawa pasport dan travel adapter. Anda tidak dibenarkan membawa barangan elektrik seperti seterika dan drone. Pihak cruise akan menyimpan sehinggalah anda turun dari kapal.

Turut sama dalam sambutan welcome ceremony ini adalah Timbalan Ketua Setiausaha pelancongan Kementerian Pelancongan kesenian dan kebudayaan Malaysia Yang Berbahagia Datuk Haslina binti Abdul Hamid. Sempena ulang tahun ke-25 tahun Genting Cruise line berada dalam perairan dunia dan mendapat pelbagai anugerah dan pengiktirafan dari pelbagai pihak seperti travel hall of Fame.








Terdapat pelbagai pakej untuk anda menikmati pelayaran Superstar Gemini. Anda boleh mengunjungi laman star cruise superstar jaminan dan Travel agent yang mendaftar.

Ini termasuk jadual pelayaran 
4Hari/3Malam ke Phuket dan Langkawi M
4Hari/3Malam ke Phuket dan Pulau Pinang
 Pelayaran khas 5Hari/4Malam ke Phuket, Krabi dan Pulau Pinang (berlepas pada 6 Februari 2019) 
Pelayaran 3Hari/2Malam ke Singapura 
(berlepas pada 10 Februari 2019) 

Pelancong juga boleh mengikuti pelayaran 4Hari/3Malam (pergi-balik) dari Pulau Pinang ke Pelabuhan Klang dan Phuket yang berlepas pada tarikh-tarikh tertentu.




You may also like

1 comment:

Emily Tang said...

hahaha tu baju putih malay guy
in my blog i feature him waktu dia kena raba oleh fabulous chan on stage hehehe