Promosi Buffet Ramadhan 2019, Me'nate Steak Hub

0 Comments
Promosi Buffet Ramadhan 2019, Me'nate Steak Hub.

Sempena Ramadan kali ini, Me'nate steak hub juga tidak ketinggalan turut serta dalam memeriahkannya dengan promosi Ramadan. Kali ini Me'nate masih mengekalkan bufet ramadan untuk berbuka puasa dengan hidangan dari pelbagai pilihan makanan Me'nate Steak hub sememangnya sudah terkenal sebagai sebuah restoran yang ang menawarkan dan menyajikan sehingga 40 menu.




Mengekalkan konsep tradisi, Me'nate menawarkan menu steak dan barat sebagai pilihan utama sajian dengan istimewa Kambing Golek. Selain menu masakan barat, bagi memenuhi citarasa Ramadan, Me'nate juga menawarkan menu makanan tempatan lain seperti Nasi Briyani, Nasi Tomato, Mee Kari, Laksa, Mee Goreng/Kueh Teow Digoreng Panas dan sebagainya selain hidangan pencuci mulut kuih-muih tempatan. 

Setiap menu ini disediakan oleh Chef-Chef yang berpengalaman dan pastinya pilihan yang tepat dimana kesemua adalah mengikut kepelbagaian citarasa para pelanggan yang sering berkunjung ke Me'nate. Menariknya Pakej Bufet Ramadhan ini adalah ianya sangat berpatutan dan berbaloi iaitu hanya RM79.90 untuk dewasa dan RM39.90 untuk kanak-kanak. Bagi kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke bawah percuma. 

Bagi pelanggan yang tidak dapat menyertai bufet ramadhan untuk berbuka puasa tetapi ingin menikmati Stik dan makanan barat di Me'nate, tidak perlu khuatir kerana selepas jam 8.30 malam Restoran akan meneruskan operasi ala carte seperti biasa.

Kelainan dan keistimewaan RAMADAN 2019 kali ini bagi memenuhi permintaan pelanggan yang menggemari daging premium, Me'nate memperkenalkan juga pakej makanan barat premium iaitu hidangan FAMILY PLATTER.

Me'nate memperkenalkan 2 jenis pakej iaitu SET A PREMIUM FAMILY PACKAGE dan SET B SUPER PREMIUM FAMILY PACKAGE dimana 1 set boleh dimakan 5-6 orang dengan tawaran harga yang sangat berpatutan dan setiap pakej tersebut boleh dinikmati seisi keluarga.

Terdapat sehingga 11 menu bagi setiap hidangan dalam FAMILY PLATTER ini dan pelanggan diberikan akses PERCUMA ke hidangan bufet pemanis mulut@dessert.

Hidangan FAMILY PLATTER ini pastinya mengekalkan kualiti penggunaan daging dan bahan-bahan yang digunakan untuk pelanggan merasai keistimewaan yang di tawarkan oleh Me'nate pada kali ini. Kepada yang berkeluarga inilah masanya untuk menikmati serta merasai pengalaman berbuka puasa dengan hidangan enak yang disediakan untuk keluarga anda.

Bagi memeriahkan kempen ramadan kali ini juga, Me'nate telah melantik dua selebriti terkenal sebagai IKON ME'NATE bagi membantu sebagai mempromosikan PAKEJ RAMADAN BUFET dan FAMILY PLATTER.

Selebriti tersebut adalah Shukri Sahar atau dikenali sebagai Shuk Raja lawak dan penyanyi serta pengacara Elly Mazlein atau popular dengan apabila bekerja bersama gelaran Kak Lina Pompom. Pemilihan mereka adalah disebabkan keserasian mereka.

Ramadan Preview kali ni juga akan memperkenalkan mereka sebagai IKON ME'NATE dan pihak media juga akan dapat menyaksikan kehebatan Syuk bergandingan Kak Lina Pom Pom menunjukkan skill mereka didalam sesi memasak masakan makanan barat secara live.


Me'nate juga menjemput para syarikat atau badan-badan Korporat, syarikat persendirian dan individu yang ingin bekerjasama dengan pihak Me'nate untuk menganjurkan sebarang bentuk majlis tanggungjawab sosial korporat di Me'nate contoh seperti majlis berbuka puasa dengan anak yatim dan sebagainya sepanjang ramadan ini.

Diskaun korporat akan diberikan kepada syarikat yang berminat. Restoran Me'nate Steak Hub mempunyai 5 (lima) cawangan yang terletak di Setapak, Bangi, Ampang, Shah Alam serta di selatan negeri iaitu Johor Bahru. Kesemua cawangan ini menghidangkan pakej menu dan konsep yang sama untuk pelanggan berbuka puasa. Restoran Me'nate Steak Hub juga menyediakan surau yang selesa untuk para pelanggan menunaikan ibadah solat dengan selesa.

Untuk maklumat lanjut layari
https://www.facebook.com/menatesteakhub/


You may also like

No comments: