ANCASA HOTEL & SPA, KUALA LUMPUR KONGSI KECERIAAN RAMADAN BERSAMA ANAK-ANAK PUSAT JAGAAN KASIH MURNI

0 Comments
ANCASA HOTEL & SPA, KUALA LUMPUR KONGSI KECERIAAN RAMADAN BERSAMA ANAK-ANAK PUSAT JAGAAN KASIH MURNI.

AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur hari ini berkongsi keceriaan dalam menyambut bulan Ramadan Al Mubarak yang mulia bersama anak-anak dari Pusat Jagaan Kasih Murni melalui program Indahnya Ramadan, Indahnya Syawal' sekaligus melancarkan Ramadan Buffet 2019 yang bertemakan Aroma D'AnCasa .





Program ini merupakan acara tahunan AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik sekaligus menceriakan anak-anak yatim dalam menyambut bulan Ramadan dan Syawal yang bakal kunjung tiba tidak lama sahaja lagi. Tahun ini merupakan tahun yang amat bermakna bagi AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur kerana mendapat sokongan dan penajaan rasmi daripada Kopetro Travel & Tours Sdn Bhd untuk tajaan pengangkutan bagi mengambil dan menghantar anak-anak dari Pusat Jagaan Kasih Murni serta tajaan bahan bacaan kanak-kanak dari Kumpulan Media Karangkraf.








Tambahan pula, pihak hotel rasa amat bertuah kerana sekali lagi ADABI Consumers Berhad telah sudi berkolaborasi dalam menyediakan 5 kawah bubur lambuk serta menyumbangkan barang-barang keperluan asas kepada anak-anak Pusat Jagaan Kasih Murni untuk kegunaan mereka sepanjang bulan Ramadan pada tahun ni.
Program ini merupakan kolaborasi tahun ke- 2 AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur bersama ADAB Program tahunan ini telah bermula seawal jam 10.00 pagi dengan acara gotong-royong memasak bubur lambuk bersama-sama dengan wakil dari ADABI berganding bahu menyediakan 5 periuk bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang awam berhadapan hotel termasuklah pejalan kaki serta pemandu yang melalui Jalan Tun Tan Cheng Lock.







AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur turut menceriakan 30 orang anak-anak Pusat Jagaan Kasih Murni dengan membawa mereka membeli baju raya di JAKEL Mall, Kuala Lumpur serta sumbangan duit raya bernilai RM50 setiap seorang sebagai tanda keprihatinan pihak kami dalam menunaikan tanggungjawabnya kepada masyarakat setempat. Pihak hotel juga turut memberikan sejumlah wang tunai kepada Pusat Jagaan Kasih Murni untuk kegunaan mereka pada bulan Ramadan.

"Program khidmat masyarakat terutamanya pada setiap bulan Ramadan dan Syawal tidak asing lagi diadakan oleh warga kerja AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur. Program yang dianjurkan setiap tahun dilihat sebagai tanggungjawab sosial untuk terus mendekat masyarakat dengan membantu meringankan beban bagi yang memerlukan. Kami amat berbesar hati dapat meraikan anak-anak yang hadir pada hari ini,"  Naib Presiden Kanan Bahagian Hospitaliti, Encik Shah Azam Khan Noor Mohammad.













Terima kasih ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini terutama sekali kepada pihak ADABI Consumers Berhad, Kopetro Travel & Tours serta Kumpulan Media Karangkraf kerana suci memberikan tajaan dan saya yakin malah percaya dengan terlaksananya program ini, sedikit sebanyak akan meningkatkan ibadah kita pada bulan Ramadan Al Mubarak yang penuh barakah ini.









AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur turut menawarkan buffet Ramadan pada harga yang amat berpatutan iaitu RM70.00 sahaja bagi dewasa manakala harga bagi kanak-kanak adalah RM40.00 (5 hingga 12 tahun).




You may also like

No comments: