Berbuka Puasa Juadah Kampung Di Restoran Umi dengan Tarian Budaya Terbaik, THE TOP KOMTAR PENANG

0 Comments
Berbuka Puasa Juadah Kampung Di Restoran Umi dengan Tarian Budaya Terbaik, THE TOP KOMTAR PENANG.

Nikmati Masakan Asli Buka Puasa Ramadhan dengan Tarian Budaya Terbaik.
Pakej Berbuka Puasa di Restoren Umi yang terletak Menara Komtar , Bangunan paling ikonik negeri Pulau Pinang.

The Top Penang menawarkan pelbagai makanan tempatan yang lazat yang ditawarkan di Umi Restoran dan Top View Restoran.





[ Promosi Ramadhan] Sementara tunggu tibanya Ramadhan apa kata kita intai-intai juadah berbuka puasa, boleh la kita ke sini nanti bersama keluarga dan kawan-kawan.

Bufet Ramadhan Umi Restoran dan Top View Restoran adalah lokasi terbaik yang terletak di tengah-tengah bandaraya Pulau pinang yang menjadi pilihan pengunjung. Dengan tema 'Selera Umi' yang bermaksud masakan seperti air tangan ibu, 

Restoran Umi akan memenuhi selera makan makanan tempatan yang lazat melalui makan malam yang ditetapkan dengan menu yang unik setiap hari, dari hari Isnin hingga Ahad. Apa yang menarik di sini, kesemua lauk untuk berbuka akan dihidangkan dalam mangkuk tingkat atau tiffin.



Antara juadah yang ada dalam mangkuk tingkat adalah Gulai Lemak Ayam Pedas yang terkenal, Rendang Daging, Sotong Goreng Masin, Daging Masak Hitam dan Kari Ayam Kapitan.



Bagi mereka yang mengidamkan Assam Pedas Ikan, hidangan ini adalah yang terkenal dan popular di Restoran Umi yang harus anda cuba. Kuih muih tradisi melayu turut dihidang bersama Ais Kacang, minuman sirap selasih, dan teh tarik. 






Harga Bufet Ramadhan @ Restaurant Umi
Dewasa : RM 68++
Kanak-kanak & Warga Emas : RM 58++

Bagi anda yang teringin berbuka puasa di Top View Restaurant & Lounge di level 59 dengan pemandangan indah Georgetown Heritage View.



Restoran ini akan menyajikan hidangan oleh 'Chef Shaikh Fauzi Buka Puasa bufet ' di mana para pengunjung boleh menikmati hidangan Masak Lemak Cili Api yang lazat, Udang Masak Assam, Ketam Masak Kari, Ayam Masak Merah, Masak Masak Manis Ikan Masak, Sayur Terung, Goreng Berlada dilengkapi dengan Nasi Briyani atau Nasi Kerabu.

Terdapat juga dangan hidangan pembuka selera menarik seperti Pasembor Pulau Pinang, Kerabu Ayam, Kerabu Kerang, Kerabu Pucuk Ubi, Salad Daging Thailand serta Acar Buah-buahan.

Masakan live di buat terus oleh chef seperti Kambing Golek, Ayam Percik, Tandoori Chicken, Mee Udang, Assam Laksa, Mee Mamak, Roti Jala, Ikan Bakar dan Bubur Lambuk. Pencuci mulut terdiri daripada Bubur Pulut Hitam, Pengat Ubi Keledek, pelbagai jenis kek, puding dan aiskrim.

Harga Bufet Ramadhan @ Top View Restaurant and Lounge
Dewasa : RM 98++
Kanak-kanak & Warga Emas : RM 68++

Promosi rebat diskaun 20% bagi tempahan sebelum 5 Mei 2019



Sepanjang bulan Ramadhan, restoran-restoran ini mempunyai persembahan muzikal Kebudayaan Malaysia yang khas untuk pengunjung yang hadir.

Untuk tempahan, sila hubungi:
Restoran Umi : + 604-262 3800 Whatsapp 6017-529 6674
Top View Restaurant : 6017-336 8286.
E-mel: sales@thetop.com.my.

Lawati laman web Top Penang
www.thetop.com.my atau lawan ke laman sosial mereka di Facebook
www.facebook.com/thetopofpenang




You may also like

No comments: